Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Posts Tagged ‘Pak Lah

Kenapa Gani Patail Lepaskan Pertuduhan?

with 3 comments

Amat mengejutkan!!! Ketika isu HINDRAF sedang hangat diperkatakan, 31 orang penyokong HINDRAF yang ditangkap ketika merusuh di Batu Caves, Selangor dituduh dengan cubaan untuk membunuh, melakukan khianat dan berhimpun secara haram. Bagaimanapun pada hari ini Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan tuduhan cubaan untuk membunuh ini! Mengapa? ini sebabnya :-

“Bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Sabtu lalu, Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Peguam Negara mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahanMalaysiaKini.com

Hanya mengatakan bahawa mereka ini tertipu maka Pak Lah terus percaya dan bersimpati? Adakah ini keadilan? Adakah masyarakat India secara keseluruhannya bersetuju? Adakah rata-rata rakyat Malaysia bersetuju? Jika jawapannya ‘ya’ maka memang tiada keadilan di Malaysia ini.

Pegawai polis yang cedera parah akibat perbuatan 31 orang pengkhianat tersebut sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini. Anggota PDRM pastinya tidak akan menerima keputusan Gani. Mereka merupakan barisan hadapan negara dalam menghadapi pengganas-pengganas ini tetapi telah dikhianati oleh Jabatan Peguam Negara.

Sepatutnya Gani lebih berani. Jika beliau tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa 31 orang ini mempunyai niat untuk cuba membunuh pegawai polis berkenaan mengapa mereka itu dituduh sedemikian? Saya percaya bahawa Abdul Gani ada bukti-buktinya tetapi beliau cuma terlalu bacul untuk membelakangkan arahan Pak Lah. Beliau itu dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Beliau itu adalah anggota perkhidmatan awam yang sepatutnya lebih taat setia kepada Yang DiPertuan Agong dan rakyat. Jika itu keputusan beliau, maka nampaknya anggota penguatkuasa perkhidmatan awam tidak lagi kebal dari segi undang-undang.

Undang-undang Malaysia seperti tidak berfungsi seperti mana ia sepatutnya. Mana tidaknya, nampaknya undang-undang negara gagal melindungi pegawai awam ketika mereka menjalankan tugas. Semuanya tertakluk kepada PM. Adilkah ini? Hanya sekadar untuk memuaskan permainan politik Pak Lah, orang-orang ini digugurkan pertuduhan mereka. Patutlah Tun Mahathir banyak mengkritik cara pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apa, tidur lagi ka Pak Lah?

Written by horizontimur

December 17, 2007 at 4:54 pm

Barulah dikatakan Islam Hadhari

leave a comment »

Orang Melayu menyebut “bapak borek, anak rintik” atau “ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi” untuk mengambarkan betapa tauladan daripada orang yang lebih dewasa atau orang yang sangat dihormati mampu memberi kesan terhadap sikap orang lain yang menyanjungi mereka. Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang cuba membawa imej islamik juga dikatakan adalah faktor penyumbang kepada kemenangan besar BN pada pilihanraya umum 2004 walaupun masih tiada sebarang kajian secara ilmiah dilakukan untuk membuktikan hipotesis ini.

Islam sangat sinonim dengan Malaysia jika disusuri sejarahnya. Walaupun Islam di Malaysia makin digugat oleh warganegaranya sendiri yang tidak faham dan lupa kepentingan Islam kepada Malaysia sebagai tulang belakang keutuhan negara ini, Islam terus diagung dan dijulang martabatnya bukan hanya sebagai sebuah agama tetapi pencetus ketamadunan mana-mana orang yang mendokong dan memahaminya. Justeru, Pak Lah cuba memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari kepada rakyat Malaysia sebelum membawa pendekatan ini kepada seluruh dunia.

Tetapi cita-cita murni Pak Lah ini diperlekehkan keranajeane abdullah :: cantik bertudung appearance isterinya dikatakan tidak islamik. Dulu Allahyarhamah Datin Seri Endon tidak bertudung, kini isteri barunya, Datin Seri Jeane juga tidak bertudung. Namun ada juga ketika jika pembaca betul-betul menonton berita di TV, semasa bulan Ramadhan al-Mubarak ini kelihatan Jeane bertudung cantik menutup aurat di kepalanya seperti mana sepatutnya di majlis-majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan juga bersahur. Sekurang-kurangnya beliau betul-betul menghormati majlis agama dengan berpakaian sedemikian dan tidak hanya membalut rambut sekerat sahaja. Semoga effort yang ditunjukkan oleh Datin Seri Jeane akan berterusan dan dengan berkat bulan mulia ini Allah s.w.t. akan membuka hatinya untuk terus begitu. Seterusnya, hasrat kerajaan untuk betul-betul menerapkan konsep Islam dalam masyarakat dan negara ini akan berjaya sepenuhnya. Bagaimana tahu berjaya? Salah satu petunjuknya, tidak ada lagi orang biadap di Parlimen mempersoalkan sama ada negara ini negara Islam atau tidak.

Written by horizontimur

October 10, 2007 at 11:19 am