Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

AGS 10 : Aku Guna Sekejap, MB ke 10

leave a comment »

Hanya sempat 10 bulan sahaja Pakatan Rakyat bertahan di Perak. Krisis politik Perak bermula seawal penubuhan kerajaan Pakatan di negeri tersebut. Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaludin hanya diterima Seri Paduka Sultan Perak sebagai Menteri Besar ke-10 selepas kesemua ADUN Pakatan Rakyat menandatangani persetujuan mereka menerima Nizar sebagai ketua kerajaan Perak. Pada permulaannya DAP mahukan Pengerusi DAP Perak yang juga ADUN Sitiawan, Ngeh Khoo Ham sebagai MB. Mungkin mereka tidak pernah membaca Undang-Undang Tubuh Negeri yang jelas menyatakan Menteri Besar Perak perlu berketurunan Melayu dan beragama Islam (atau sengaja menimbulkan provokasi). Desakan DAP begitu ketara sehingga katanya sanggup berkumpul di Istana Iskandariah pada malam 8 Mac 2008 sehingga pagi demi memastikan orang mereka memerintah Perak.

Pelbagai isu timbul semasa tempoh Pakatan memegang kerajaan Perak. Isu pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru walaupun bertentangan dengan Kanun Tanah Negara, pembelian kereta Toyota Camry, pemberian tanah seluas 1000 ha kepada sekolah persendirian Cina untuk diusahakan secara komersial*, cubaan menamakan Jalan Silibin dengan nama P.Pato, Nizar sebagai boneka Ngor dan Ngeh serta banyak lagi.

Tapi apa pun, MB dari PAS ini hanya sempat menggunakan kenderaan rasmi beliau Toyota Camry AGS 10 hanya sekejap sahaja. Beliau terpaksa menyerah kenderaan tersebut kepada MB Perak ke-11, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor. Apa yang sedih, Nizar sekali lagi seperti dicucuk hidung oleh Ngar dan Ngeh apabila sanggup menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak dengan enggan meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar kepada Paduka Seri selepas dititahkan berbuat begitu.

Daripada episod ini, yang menariknya sudah semakin jelas sandiwara dan tipu daya Anwar Ibrahim dan DAP. Sebelum ini Anwar beriya-iya mencanang yang pada 16 September 2008 kerajaan Malaysia akan bertukar tangan kepada Pakatan. Tak jadi bulan September dibohong pula pada Disember 2008. Namun, sampai hari ini Pembangkang hanya meningkat 1 kerusi di Parlimen. Itu pun selepas kematian seorang Timbalan Menteri yang sangat disenangi rakyat di Kuala Terengganu. Apabila ada di kalangan mereka yang lompat parti, hanya sekadar menjadi ahli bebas, Pakatan terus menuduh ketiga-tiga ADUN Perak berkenaan dirasuah oleh BN. Ngeh sendiri menyatakan bahawa DAP amat tidak menyokong wakil rakyat yang melompat parti kerana rakyat memilih mereka atas dasar parti. Anwar pula siang tadi dalam press conferencenya menyatakan pemilihan kerajaan Perak perlu diserahkan kepada Mahkamah Rakyat melalui pilihan raya. Ooo masa awak nak ambil alih Parlimen tak perlu pula rujuk kepada rakyat. Cukup sekadar menjaja wang berjuta-juta kepada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak. Bila kena batang hidung sendiri baru nak melatah! Ini apa punya tut…

Saya secara peribadi tidak ambil pusing dengan cakap-cakap orang politik ni kerana memang dah jelas dan nyata mereka ini antara top list yang tak boleh dipercaya walau dari parti mana sekali pun. Mungkin ada seorang dua tapi kebanyakannya… Tapi apa yang sangat dikesali adalah sikap kita sendiri yang sangat melulu membuat keputusan tanpa melihat kedua-dua belah pihak. Buatlah keputusan dengan bijak lain kali. Apa yang Tun M cakap, memang betul, lain kali nak pilih calon tengok siapa orangnya supaya tak tersalah pilih.

 

ps- nak kongsi dengan rakan-rakan, satu lagi penipuan kerajaan PR di Perak. Deme kate bagi 1000 ha tanah kepada SAR dan sekolah persendirian Cina untuk tujuan komersil ->http://perakdaily.com/?p=542 (laman web rasmi MB ke 10) tapi apa yang tercatat dalam pembentangan bajet 2009 Perak adalah seperti berikut :  Bagi Sekolah Agama Rakyat, pemberian sebanyak 1000 hektar akan diberikan selepas mereka mewujudkan Badan Pentadbir atau Pemegang Amanah… (rujuk -> Teks Ucapan Bajet 2009 Negeri Perak). Maknanya deme tak bagi lagi tanah tu, cakap macam dah bagi. Rasanya semua SAR di Perak dah di bawah Kementerian Pelajaran. Maka tak can la SAR nak dapat tanah macam sekolah persendirian cina tu.

 

Written by horizontimur

February 6, 2009 at 1:26 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: