Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Hormati Bahasa Kebangsaan

with 8 comments

Cuba anda buka laman web ini http://www.maxis.com.my. Bahasa apakah yang digunakan di laman webnya? Tepat sekali! Bahasa Inggeris. Sedih.

Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Masyarakat (KeKKWa) tampaknya seperti sang jaguh budaya dan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara ini. Namun hakikatnya, beliau sendiri tidak memperkasakan bahasa Melayu. Jangan salah faham tetapi dalam Perlembagaan Persekutuan tercatat di bawah Perkara 152 menyebut bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Bukan Bahasa Malaysia. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pada ketika Perlembagaan tersebut digubal tidak wujud lagi istilah negara Malaysia. Namun, apa pun takrifan masyarakat hakikatnya adalah bahasa kebangsaan negara ini akan sentiasa merujuk kepada bahasa pertuturan orang Melayu.

Berbalik semula kepada cerita Maxis, mengapa tidak diwujudkan laman webnya dalam bahasa kebangsaan kita? Bukankah Maxis berasal dari negara ini? Mengapa tidak diwujudkan laman web utama dalam bahasa kebangsaan Malaysia dan laman web sampingannya dalam bahasa Inggeris? Secara tidak langsung ini dapat promote bahasa kita. Di mana sifat patriotism pemunya syarikat berkenaan? Walau bagaimanapun, adakah pemunya syarikat itu memang menggunakan bahasa kebangsaan, tetapi cuma bahasa kebangsaan itu adalah bahasa rasmi negara India?

Bagi menjaga dan mengembangkan bahasa Melayu ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berada di bawah bidang kuasa KeKKWa telah diwujudkan dan dipertangunggajawabkan pada 1959 melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 bagi :-

menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan dengan membentuk, mencipta dan membakukan istilah dalam bahasa kebangsaan (Seksyen 6A)

Dewasa ini, amat ketara bahawa penggunaan bahasa Melayu ini semakin kucar-kacir. Lihat sahaja iklan di TV, radio, akhbar dan lain-lain lagi. Kadang-kala tiada langsung perkataan berbahasa Melayu. Setahu saya, telah menjadi undang-undang negara ini supaya setiap nama kedai, bangunan atau syarikat tempatan perlu dinamakan dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Boleh untuk dipaparkan bahasa lainnya seperti Mandarin, Tamil atau Inggeris tetapi perkataan dalam bahasa kebnagsaan itu perlu lebih besar dan jelas. Walau bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan dan dipandang enteng pada hari ini.

Adakah ini disebabkan perubahan yang dibawa oleh arus globalisasi atau tiada semangat jati diri dan kebangsaan (patriotism) di kalangan rakyat negara ini? Adakah ini berpunca daripada kegagalan institusi pendidikan negara ini untuk menyerapkan semangat cintakan bahasa kebangsaan yang telah dikempenkan oleh DBP selama berpuluh-puluh tahun?

Berdasarkan seksyen di bawah akta DBP di atas, hanya institusi itu sahaja yang layak dan dibenarkan untuk mencipta satu istilah baru dalam bahasa kebangsaan dan bukannya orang lain walaupun dia itu seorang Timbalan Perdana Menteri dengan istilah glokalnya.

Mungkin ini yang disebut sebagai “kemandulan” oleh seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini yang ditujukan kepada DBP. Mereka berkuasa tetapi tiada kuasa untuk mengkuatkuasakan undang-undang dan tidak dihormati oleh rakyat negara ini. Jika hanya sebagai sebuah badan yang perlu mengemaskini kamus bahasa kebangsaan yang disebut sebagai Kamus Dewan, maka rasanya tidak perlu digubal satu akta khas untuk penubuhannya. Ini kerana tugas ini boleh dipikul oleh mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Lihat sahaja di England, Oxford University mengeluarkan sendiri kamus bahasa Inggeris. Fungsi DBP adalah lebih dari itu. Ketua Pengarah DBP perlu sedar akan hakikat ini.

Jika difikirkan dari sudut ekonomi pula, mungkin penggunaan bahasa yang dikatakan catchy boleh diterima. Tetapi ia sepatutnya tidak diterima sebagai satu istilah rasmi dalam bahasa kebangsaan. Malangnya trend ini semakin menular dalam budaya masyarakat negara ini.

Mungkin apa yang perlu dilakukan kini oleh DBP, adalah untuk lebih giat lagi mencungkil istilah-istilah lama yang berupaya mendahului zaman supaya bahasa Melayu menjadi satu bahasa ilmu seperti mana pada suatu masa dahulu ia menjadi lingua franca di rantau ini. Sekiranya sesuatu istilah bahasa Melayu itu tidak mampu untuk menjelaskan suatu maksud istilah dalam bahasa lain dengan sempurna, maka tidak perlu di”bahasa-melayu”kan suatu istilah itu seperti “informasi” (mengapa perlu gunakan istilah ini walhal kita punya istilah “maklumat”). Contohi bagaimana cendikiawan Inggeris yang terus menggunakan istilah Perancis sebagaimana ejaann dan sebutannya dalam bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan semua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri menggunakan bahasa Perancis untuk menulis mana-mana dokumen rasmi mereka sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Ini kerana, menurut mereka, bahasa Perancis sehingga kini adalah yang terlengkap dari segi penjelasan suatu maksud melalui istilah bahasa tersebut. Dengan cara ini juga, masyarakat negara ini secara tidak langsung akan faham bahawa perkataan yang mereka gunakan itu bukanlah berasal dari bahasa Melayu tetapi daripada bahasa lain.

Jangan jadi seperti di Indonesia. Sehingga ke hari ini mereka masih menyangkakan bahawa istilah “mobil” (kereta) itu berasal daripada bahasa mereka sendiri. Dan jangan pula jadi seperti orang Singapura yang bahasa rasmi negara itu adalah bahasa Melayu tetapi berapa ramai sangatkah rakyatnya yang fasih berbahasa Melayu.

Written by horizontimur

December 19, 2007 at 2:02 pm

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Cik HT,
    Setiap bangsa tentulah cintakan bangsanya, ingin menjaga budayanya dan bahasanya.
    Untuk itu, sebelum anda mengkritik tentang Indonesia dengan bahasanya, tolong jawab, apakah anda pernah berkunjung ke negara kami? Apakah anda pernah membandingkan negara mana yang terlihat lebih bangga atas bahasa asing dibanding bahasanya sendiri?
    Saya sendiri sering berkunjung dan bekerjasama dengan orang Malaysia. Dan herannya, bangsa anda lebih senang bicara bahasa Inggris daripada Melayu, sekalipun ia seorang pelayan toko sepatu! (padahal isnya tahu saya orang Indonesia, yang berbicara bahsa serumpun dengan bahasa Malaysia).

    Saran saya,
    Kalau anda ingin menggugah semangat kebangsaan bangsa anda sendiri JANGAN MENJELEKKAN BANGSA LAIN yang anda sebetulnya TIDAK TAHU benar seperti apa.

    Kami bangsa besar yang memiliki keanekaragaman budaya yang indah, menarik, sehingga Negara anda terpikat untuk merampok hak cipta (piracy) kami dengan mengakui lagu daerah Indonesia, seni batik Indonesia (cuba anda periksa, dalam sejarah Indonesia, seluruh bangsawan Jawa dari zaman dahulu sdh memakai batik….adakah raja2 Malaysia zaman dulu yang memakai batik?), tarian Indonesia, dan banyak lagi….seperti perompak saja….

    Jika Malaysia punya jiwa kebangsaan yang lebih besar dari Indonesia, mengapa mau mengakui kebudayaan orang lain?
    Mengapa tidak sekalian akui saja bahwa kimono juga asli Malaysia? bukannya kimono juga cantik dan mahal…layak untuk diakui sebagai budaya “asli” Malaysia.

    Bagaimana hal itu menurut anda?

    Setiap negara pasti mempunyai ciri khas masing2. Tidak perlu didaftarkan hak paten pun maka bangsa lain “yang jujur” akan pula mengakui…tidak perlu diumumkan ditegaskan.

    Bukankah kita “katanya” bangsa serumpun?
    Katanya “saudara” sesama Melayu?
    Tapi kenyataannya banyak sekali tingkah laku “saudara” ini yang begitu kejam, angkuh, sombong, dan tak tahu malu terhadap negara tetangga, yang katanya saudara serumpun.

    Sayang sekali nampaknya “semangat persaudaraan” itu hanya cerita lama dan basi buat Malaysia.

    cinta

    January 9, 2008 at 8:47 pm

  2. Sememangnya harus diakui saja bahawa jati diri bangsa Malaysia masih belum begitu mantap dan hebat. Atau dengan bahasa lain mentaliti bangsanya belum capai tahap kelas pertama.
    Maaf, bukan semua tetapi itulah yang kita hadapi dan kelihatan dalam seharian. Dalam bahasa sahaja kita belum mampu dan tidak upaya meletakkan maruah bahasa Melayu pada tarafnya seperti dalam Fasal Perlembagaan Negara.
    Ini bukan omongan tetapi telah jadi isu atau kemelut yang sampai kini masih tidak berjaya ditangani oleh pemerintah mahu pun kalangan massa rakyatnya.
    Puncanya mentaliti bangsanya masih melihat bahasanya sendiri dari sudut pandang yang salah. Ada kuasa dan masa tidak dimanfaat sebaik mungkin. Masih merasakan bahasa itu seperti tidak punya apa-apa erti, hanya sekadar alat bicara yang tidak perlu dibesar-besarkan.
    Justeru bahasa, masa, kuasa dan rasa yang amat beerti dalam kehidupan berbudaya langsung terabai. Lalu bangsa menjadi ‘mangsa’.

    Awang Kata

    April 13, 2008 at 9:14 pm

  3. peranan kerajaan sepatutnya yang terbesar dalam memartabatkan bahasa melayu.contohilah indonesia,thailand jepun korea dan banyak lagi negara yang sangat-sangat mementingkan bahsa ibunda atau bahasa kebangsaan mereka…di indonesia semua filem asing yang ditayangkan mesti dalam bahasa indonesia atau inggeris sahaja….begitu juga thailand.di eropah rakyatnya lebih suka berbahasa ibunda…dan kadangkala susah untuk mencari orang yang boleh berbahasa inggeris…tapi mereka tetap maju seperti orang german dan perancis….di indonesia….penterjemahan buku asing dalam berbagai bidang berkembang dengan amat pesat….misalnya buku terbaru Profesor Yusuf Qardhawi dalam masa beberapa bulan sahaja boleh didapati di indonesia malahan kadang-kadang sampai dua atau penerbitan berbeza menterjemahkan buku yang sama…namun ada keistimewaan tersendiri kerana mereka juga menambah komen atau perbandingan atau sokongan dengan buku-buku yang lain….malaysia macammana?

    syedd

    June 3, 2008 at 6:29 am

  4. Seperti sedia maklum Bahasa Malaysia adalah bahasa melayu. disebabkan bukan kaum melayu sahaja yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tetapi juga kaum2 yang lain maka ia disebut Bahasa Malaysia pd tahun 1970 supaya ia dapat dijadikan bahasa penyatuan kaum atau ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

    Bahasa Malaysia adalah bahasa nombor 1 negara diikuti rapat bahasa no 2 iaitu bahasa inggiris yangmana kelihatannya sudah mengambil alih no2 ke no1 secara terang terangan oleh sebahagian syarikat2 besar yang diketuai oleh anak jati rakyat malaysia sendiri!

    Segala usaha kerajaan dan slogan2 yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri kita yang pertama,kedua dan keempat supaya mempertabatkan dan memperjuangkan bahasa malaysia masih tidak dapat disemat,digunakan dan dilatih didalam perbualan harian oleh rakyat mungkin kerana tidak ada penekanan yang kuat,kental dan berterusan untuk memperkayakan bahasa ini oleh pihak2 yang bertanggungjawab.

    Apa yang menyedihkan dan menyeruhkan usaha murni ini ialah sudah ada penukaran bahasa ke bahasa inggiris dalam sistem pembelajaran di malaysia ketika ini!

    Mungkin dengan sikap ‘tak apa’ pihak yang berkuasa yang bertanggungjawab untuk memperkembangkan bahasa tercinta ini, rakyat Malaysia akan terus ‘hanyut’ dengan penggunaan bahasa ke2 ini.
    Tidak mustahil jika tidak ada tindakan yang betul-betul kuat dan jitu oleh pihak kerajaan satu hari nanti bahasa malaysia tidak lagi dihormati oleh
    rakyatnya sendiri, adakah mungkin ia sudah berlaku sekarang!

    Masih belum terlewat untuk memperbaiki keadaan ini jika pihak kerajaan yang kebanyakan bangsa melayu bersatu hati untuk menjadikan bahasa malaysia dihormati bukan sahaja oleh rakyat sendiri tetapi juga negara negara luar dengan cadangan2 mereka sendiri.

    Salah satu cara untuk memperluaskan bahasa kebangsaan ini ialah dengan menyiarkan siaran berita hanya disiarkan dalam bahasa malaysia disemua saluran peti tv, sedikit sebanyak akan mengalakkan dan membiasakan semua bangsa Malaysia mendengar dan menggunakan Bahasa Malaysia. Jikalau ada yang mahu mendengar bahasa no2 ada saluran lainnya.

    Bertindak Sebelum Terlambat!

    Hafiz Hasan Basri

    July 17, 2008 at 1:39 pm

  5. ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA WARGA MALAYSIA..KU TAHU KINI KITA DI DUNIA YANG SERBA MODEN DAN CANGGIH..MENGAPA KITA LEBIH MEMENTINGKAN BAHASA KEBANGSAAN ORANG LAIN, SEDENG KAN NEGARA KITA SENDIRI PUN ADA BAHASA KEBANGSAAN…..CUBA LAH RENUNGKAN BETAPA SUSAH NYA PEMIMPIN KITA DULU YANG BERSUSAH PAYAH UNTUK MEMERDEKAAN NEGARA KITA DARI PENJAJAH INGGERIS DULU…KESIMPULANNYA DI SINI IALAH UNTUK APA KITA BANGAKAN BAHASA YANG PERNAH MENJAJAH KITA DULU…JADI MARILAH KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BANGUN DAN BANGUN JANGAN TIDUR LAGI….KITA PERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAAN KITA INI………..APA-APA PUN NIAT KITA MESTI LA BETUL JANGAN PULA TERPESONG KEPADA PERKARA LAIN………

    ARIE

    November 19, 2008 at 10:50 am

  6. TERLUPA PULA ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA……..
    “PERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA…MARI!!!!!!!!!! MARI!!!!!!!!!!”

    ARIE_ERY87_____________

    November 19, 2008 at 10:55 am

  7. Malaysia mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri, yak ni bahasa Melayu. Jelas. Jadi, kenapa bahasa asing lain yang digah-gahkan oleh kalangan rakyat. Tidak timbul soal dia berketurunan apa, kalau benar dia rakyat negara Malaysia tentunya bahasa Melayu bahasa ibundanya. Itupun kalau dia akui bahawa tanah ini tanah tumpah darahnya, tanah ibu pertiwi.

    awangsoh

    March 6, 2009 at 4:11 pm

  8. funny guys….

    Jerry

    October 31, 2009 at 4:33 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: