Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Kenapa Gani Patail Lepaskan Pertuduhan?

with 3 comments

Amat mengejutkan!!! Ketika isu HINDRAF sedang hangat diperkatakan, 31 orang penyokong HINDRAF yang ditangkap ketika merusuh di Batu Caves, Selangor dituduh dengan cubaan untuk membunuh, melakukan khianat dan berhimpun secara haram. Bagaimanapun pada hari ini Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan tuduhan cubaan untuk membunuh ini! Mengapa? ini sebabnya :-

“Bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Sabtu lalu, Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Peguam Negara mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahanMalaysiaKini.com

Hanya mengatakan bahawa mereka ini tertipu maka Pak Lah terus percaya dan bersimpati? Adakah ini keadilan? Adakah masyarakat India secara keseluruhannya bersetuju? Adakah rata-rata rakyat Malaysia bersetuju? Jika jawapannya ‘ya’ maka memang tiada keadilan di Malaysia ini.

Pegawai polis yang cedera parah akibat perbuatan 31 orang pengkhianat tersebut sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini. Anggota PDRM pastinya tidak akan menerima keputusan Gani. Mereka merupakan barisan hadapan negara dalam menghadapi pengganas-pengganas ini tetapi telah dikhianati oleh Jabatan Peguam Negara.

Sepatutnya Gani lebih berani. Jika beliau tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa 31 orang ini mempunyai niat untuk cuba membunuh pegawai polis berkenaan mengapa mereka itu dituduh sedemikian? Saya percaya bahawa Abdul Gani ada bukti-buktinya tetapi beliau cuma terlalu bacul untuk membelakangkan arahan Pak Lah. Beliau itu dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Beliau itu adalah anggota perkhidmatan awam yang sepatutnya lebih taat setia kepada Yang DiPertuan Agong dan rakyat. Jika itu keputusan beliau, maka nampaknya anggota penguatkuasa perkhidmatan awam tidak lagi kebal dari segi undang-undang.

Undang-undang Malaysia seperti tidak berfungsi seperti mana ia sepatutnya. Mana tidaknya, nampaknya undang-undang negara gagal melindungi pegawai awam ketika mereka menjalankan tugas. Semuanya tertakluk kepada PM. Adilkah ini? Hanya sekadar untuk memuaskan permainan politik Pak Lah, orang-orang ini digugurkan pertuduhan mereka. Patutlah Tun Mahathir banyak mengkritik cara pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apa, tidur lagi ka Pak Lah?

Written by horizontimur

December 17, 2007 at 4:54 pm

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Sebenarnya AG sememangnya tiada bukti untuk menuduh 31 orang itu. Satu ketul batu di baling, macam mana 31 orang boleh bertanggung jawab.

    Ini semua wayang. Goman anggap kita semua bodoh. Goman sedang cabar rakyat Malaysia. Mereka boleh buat apa saja yang mereka suka.

    Aksi pertama untuk menuduh mereka 31 atas cubaan membunuh sudah salah dan tiada logik.

    Kalaulah kita anggap (buangkan otak), 31 orang itu cuba membunuh polis…

    Aksi kedua lagi salah. Hanya perlu buat kenyataan bahawa mereka tidak sokong Hindraf and janji tidak lagi pergi demostrasi, tuduhan cuba membunuh pun boleh dilepaskan?

    Memang tak masuk akal. Ini lah kenyataan:- Satu set undang-undang untuk warga Malaysia, Satu set undang-undang untuk Goman dan UMNO. Itu saja.

    KF Chan

    December 19, 2007 at 1:01 am

  2. Itulah sebab saya sangat dukacita!

    horizontimur

    December 19, 2007 at 11:43 am

  3. Soal dakwaan digugurkan adalah sebab tiada bukti yang mencukupi dari segi undang-undang. Tiada sebarang kes sebelum ini yang boleh diguna pakai untuk menunjukkan yang 31 orang boleh mempunyai niat untuk “cubaan membunuh seorang polis” dengan membaling batu!!!!!

    Charge cubaan membunuh sebelum ini cuma satu rekaan dan satu fitnah semata-mata sahaja .

    Inilah sebahagian daripada risiko yang dihadapi oleh seorang pegawai polis dan lain lain apabila menghadapi keadaaan sebegini, bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh pelusuk dunia.

    jangan sajer nak salah kan pm kita dengan sebab-sebab tak munasabah.

    joker

    December 24, 2007 at 12:13 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: