Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Rage Against The Machine

with one comment

Sekali lagi Kuala Lumpur penuh sesak selepas beberapa minggu yang lalu. Kali ini akibat perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (HINDRAF). Cuma kali ini perhimpunan ini langsung tidak terurus berbanding anjuran BERSIH 10 Nov. lalu. Tiada ketua-ketua dilantik sebagai guide perhimpunan. Masyarakat India yang datang hampir dari seluruh pelusuk Semenanjung seperti tidak terarah dan tanpa haluan.

Tujuan utama mereka berkumpul adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia. Memorandum tersebut menyuarakan perasaan HINDRAF bahawa kononnya masyarakat India di negara ini tidak berbela nasibnya setelah ditinggalkan oleh penjajah British pada 1957 sebagai buruh kasar di negara ini. Baca lagi di sini

Perkumpulan ini mula bergerak aktif seawal pagi untuk berhimpun di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Jln. Ampang. Namun, usaha ini dipatahkan oleh pihak polis dengan sekatan jalan raya menuju ke pejabat berkenaan. Penunjuk-penunjuk perasaan ini masih bersemangat lalu menuju ke perkaranngan KLCC. Mereka mula berkumpul di kawasan sekitar KLCC dalam jam 8.30 pagi.

Polis berulang kali menyuruh perkumpulan-perkumpulan kecil ini bersurai tetapi mereka tetap berdegil. Apabila keadaan semakin mendesak, tepat jam 8.50 pagi pancutan pertama dari water canon FRU mula menyirami pemprotes jalanan di Jln. P.Ramlee antara bangunan BSN dan KLCC. Walau bagaimanapun, siraman air ini tidak langsung digentari oleh penyokong-penyokong HINDRAF. Malah mereka bersorak gembira dan  mencabar polis dengan kata-kata kesat termasuk berbau perkauman terutama kepada orang Melayu. Akhirnya pihak polis terpaksa menggunakan pancutan air bertekanan yang menyebabkan beberapa orang daripada kalangan perhimpunan terpelanting. Ini diikuti pula dengan tembakan gas pemedih mata. Harapan polis agar tindakan ini dapat menyuraikan perhimpunan ternyata gagal. Ada yang terkontang-kanting berlari meinggalkan kawasan berasap gas pemedih mata, tetapi kembali semula apabila keadaan diri semakin stabil. Ada yang bertindak ganas dengan membaling botol-botol air termasuk botol kaca serta kelonsong gas pemedih mata ke arah polis. Acara cat and mouse game ini berterusan sehingga lewat pagi. Peliknya, tiada pula formasi serang oleh pihak FRU ke atas perusuh, tidak seperti di Batu Burok lalu. Padahal ternyata perhimpunan aman seperti yang diwar-warkan telah bertukar menjadi satu rusuhan.

Dalam suasana kelam kabut ini, satu kumpulan kecil orang India dalam empat orang yang diketuai sendiri oleh P.Waytha Moorthy bergandingan tangan menuju ke arah pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain untuk menyerahkan memorandum HINDRAF tetapi beberapa minit kemudian mereka pulang dengan muka hampa. Bukan kerana perjalanan mereka dihalang polis tetapi kerana mereka terlupa membawa memorandum tersebut bersama mereka.

Saya yang berada di kawasan perkarangan KLCC sebelum rusuhan bermula pada awal pagi agak terkejut apabila terpandang satu kelakuan jijik dan tidak beradap salah seorang penyokong HINDRAF ini. Seorang pemuda dengan selambanya menunaikan hajat kecilnya (kencing) di hadapan KLCC tanpa segan-silu. Saya cuba mengambil gambar adegan tidak bermaruah ini tetapi tidak berjaya. Lillahitaala saya menjadi saksi kejadian ini. Di hati saya terdetik, adakah ini yang cuba dituntut oleh HINDRAF?

Akibat daripada perhimpunan haram ini, banyak kedai-kedai di Suria KLCC terpaksa ditutup sementara waktu sehingga keadaan reda. Ada juga harta benda awam yang musnah.

Tetapi yang paling menyakitkan hati saya apabila terpandang kain rentang berbunyi “The Queen of England The Symbol of Justice, We Still Have Hope on You”. Tidakkah ini menghina Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?! Bukankah Seri Paduka Baginda merupakan simbol keadilan negara ini? Bukankah Seri Paduka Baginda merupakan simbol negara ini? Mengapa perlu diadukan kepada orang luar? Ini telah menjatuhkan maruah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Inikah contoh rakyat Malaysia? Mereka tidak lagi menjunjung Seri Paduka Baginda, mengapa perlu terus berada di negara ini? Tiada siapa yang menghalang jika mereka mahu tinggal di England atau di mana-mana sahaja di dunia ini. Pergilah. Ini yang dikatakan fourth class mentality.

keadaan menjadi kelam kabut ramai yang semakin berani mencabar hujan emas di negeri orang, hujan fru bukan di negeri sendiri saudara pun join sekali ke? siapa raja kamu? penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda Raja-Raja apa lagi yang dimahukan? dah penat berlari akhirnya kami duduklah ini kembali berkiblatkan india, kata rakyat Malaysia kedai klcc tutup kedai di klcc tutup kedai di klcc tutup  habis rosak harta benda awam

Written by horizontimur

November 25, 2007 at 6:26 pm

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Malay Mail’s headline “Don’t Insult The King” says everything what I wrote down a couple of days ago. Spare some of your time to read the […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: