Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Di Mana Bukan Islam – 10 November 2007

with 5 comments

Pada 10 Nov lalu, bandarraya Kuala LumpurBERSIH penuh sesak dengan kenderaan dan juga pemprotes jalanan anjuran BERSIH. Perhimpunan aman yang diwar-warkan juga boleh dikatakan kurang mencapai matlamatnya kerana campurtangan pihak polis. Jika dipandang dari perspektif pihak berkuasa, mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka memastikan perhimpunan tanpa permit ini tidak berlaku. Saya turut mengambil peluang untuk menyaksikan perjalanan perhimpunan ini, dan dari pengamatan saya pihak polis tidaklah seperti yang dikatakan dan tunjukkan seganas dalam Al-Jazeera. Ini kerana pihak berkuasa pada permulaannya memohon dan merayu dengan baik agar pemprotes tidak berkumpul dan bersurai. Tetapi selepas negotiation gagal barulah tindakan diambil.

Namun, perarakan dan perhimpunan ini bagaimanapun menyebabkan kesesakan BERSIH?lalulintas yang amat teruk di Kuala Lumpur. Pemprotes dengan sesuka hati menahan kereta bagi memastikan mereka dapat melintas jalan dan juga bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tetapi di mana polis? Mungkin perlu diingatkan di sini bahawa perhimpunan ini dijalankan secara tidak sah maka tidak hairanlah jika pihak polis tidak terlibat langsung dengankawalan lalu lintas.

Saya yang sebelum ini kurang setuju dengan perhimpunan BERSIH terbuka mata dan kagum dengan semangat hadirin yang hadir. BERSIH?Bukan sekadar dari KL tetapi Kedah, Kelantan, Perak dan lain-lain lagi. Majoritinya boleh dianggap seusia dengan bapa dan ibu saya. Sungguh kental semangat mereka. Paling mengkagumkan adalah kebanyakan yang hadir untuk so-called perhimpunan aman ini menggunakan sumber kewangan sendiri. Ibu-ibu dan bapa-bapa, I salute you! Kalian sememangnya ikhlas dalam perjuangan.

Apabila jam menunjukkan lebih kurang 2.45 petang, terdengar sayup-sayup laungan Allahu Akbar! Daulat Tuanku! Meremang bulu roma dibuatnya. Ketika itu gerimis turun di seluruh bandar KL. Namun, ia tidak melunturkan semangat pemprotes untuk terus bergerak dari Masjid India, melalui Jalan Melayu, ke Jalan Raja Laut untuk berhimpun di hadapan bangunan DBKL sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Namun, perhimpunan itu tidak lama kerana disekat polis dan disuraikan dengan gas pemedih mata. Sempat juga saya melihat seorang anggota polis terkena balingan bom gas pemedih mata daripada salah seorang pemprotes selepas polis melepaskan tembakan gas tersebut ke arah mereka.

Tapi betullah, yang semangatnya dari dulu lagi orang kita, orang Islam. Dari budak BERSIHsampailah yang tua. Tapi non-muslims adalah beberapa kerat je. Itu pun dah berumur. Boleh dikira bilangan mereka. Yang nak mengharung gas pemedih mata dan semburan meriam air FRU semuanya orang kita. Mereka bersenang-lenang di rumah. Tetapi apabila keadaannya tidak merugikan atau membahayakan mereka, baru hendak keluar. Inikah yang dikatakan perpaduan rakyat Malaysia? Percaya atau tidak, inilah realitinya.

Selama ini, mereka menggunakan kita untuk menuntut sesuatu yang bukan hak kita. Secara perlahan-lahan mereka menggunakan propaganda mereka ke atas orang kita supaya lupa bahawa hak kita sebagai seorang Islam di negara ini dan seorang Bumiputera Malaysia ada hak yang lebih daripada mereka.

Saya sangat sedih dan kecewa dengan PAS kerana mereka kian melupai asas penubuhannya. Bacalah kembali tulisan-tulisan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Apakah tujuan asalnya. PAS kini bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk meraih kemenangan semasa pilihanraya. Oleh itu, banyak dasar asalnya telah dikorbankan. Hanya untuk menjaga hati DAP. Tetapi DAP tidak. Tetap dengan agenda malaysian malaysianya. Siapa yang rugi? Apa bezanya UMNO dengan PAS kini?

Written by horizontimur

November 11, 2007 at 2:39 pm

Posted in Malaysia, politics

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. this article is very disgusting! look at this very racism attitude! do they think becoming a muslim and bumiputra then given a special privileges? that is the point why muslim is not welcome now in many non muslim country. what do you think if your right is not given when you travel to singapore or thailand? when you want to go to mosque and then they said they don’t allowed you to go to mosque because you are not singaporean or thailand people? let you people not to forget, your attitude could make one day our country in big problem. not only by internal problem of indian or chinese people but also from the world community, including possibly attack from the other country because of this discrimination act to other human being, trust me what i said is not just a bluff, the world now is very connected. we should play in the system, not outsdie the system. when there is a war, almost impossible for us to be able to defense our country caused by the internal strife in our country by this racism system. the indian and chinese will not help the malays because they are so far is dissatisfied by this racism system, and they actually I should say is smarter than the malays.

    ahmad123

    November 27, 2007 at 8:39 am

  2. Everybody has his or her own opinion, doesn’t that what everyone is fighting for? You may label the article as racist but it’s the fact. Sorry to tell you that. Yes, I totally agree with you about how smarter other ethnics than Malays. And that is why the others are manipulating the Malays. Non-bumis nowadays are asking more than what they should have. And that’s is not right. I’m not saying non-bumis have no rights in Malaysia. They have their rights, and we have to respect that.

    Most Malaysian muslims have forgotten how the way it was during Nabi Muhammad’s s.a.w. government in Madinah. Have we forgetten about the relation between the Ansars and the Muhajjirins. They took care of each other even the Jews. The Muhajjirin respected Ansars’ ownership of their land, and expected nothing more than a place to live in Madinah. They even worked hard there and protected Madinah side by side with the aborogines. In giving back, Ansars embraced the new-comers from Mekah as their brothers and sisters.

    Is it the same in Malaysia context? How many non-bumis become a part of the police and the army? And in fact how many have non-bumis given up their citizenship until recently?

    horizontimur

    November 27, 2007 at 11:11 am

  3. What you asked? “How many non-bumis become a part of the police and the army?” You answer my question now. How many non-bumis are given the chances to become a part of the police and the army?How many non-bumis are given the chances to become a goverment staff in a goverment firm?How many…????? I applied for goverment jobs since 5 years ago……alwaz will receive “GAGAL” after the written exam…..for your kind information, i am an engineering master student….im not that stupid to GAGAL the goverment simple exams……please…..

    All the oppurtunities are given to Malays leaving non-malays behind……What the hell you all are thingking yourself? Stupid people!

    Brave one

    November 27, 2007 at 2:26 pm

  4. Dear Brave One,

    The rage inside yourself might not needed by the government. Believe me, I have a lot of friends who failed to get the honor to serve the rakyat, and among them are bumis.

    horizontimur

    November 27, 2007 at 4:22 pm

  5. Jangan gaduh2 laaa…. rileksss…. ikut cara org cina … kalau dah sakit2 cari duit dari bisness … barulah minta kerja kerajaan …. jadikan kerja kerajaan sebagai pekerjaan second class atau third class … jgn sekali-kali jadikan ia first class ok … tq ….

    tentang mengapa org non muslim kurang ikut perhimpunan ialah kerana kami sibuk cari duit utk menyara keluarga. hindraff tu saja nak buat bising sama mcm kerajaan juga. tp yg lebih penting ialah makanan kita cukup dan duit kita cukup2 juga … bising2 kat luar tu nanti pun reda juga akhirnya … kalau nak ikut org berhimpun anti siapa yg nak bagi duit? huh taik org nak bagi duitkan … heheheheee…

    Siew

    December 16, 2007 at 1:52 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: