Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Perhimpunan BERSIH 100,000 Rakyat… bhg 2

with 2 comments

 bersambung dari bahagian 1…

Sekarang, Anwar Ibrahim mahu melakukannya lagi. Perhimpunan ini masih tidak mendapat permit berhimpun sebagai mana di bawah Akta Polis. Jika ini berterusan sehingga 10 November ini maka polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang menyertainya kerana ini adalah tanggungjawab polis dan Akta Polis bukannya digubal di pejabat IGP tetapi di Parlimen. Jika Anwar benar-benar ikhlas, mengapa ketika beliau menjadi TPM dahulu beliau tidak berusaha mempengaruhi rakan-rakan Parlimennya untuk memansuhkan seksyen di bawah akta berkenaan yang berkaitan dengan keperluan permit berhimpun.

Polis dengan apa cara sekalipun akan memastikan perhimpunan ini gagal. FRU akan keluar dengan belantan dan gas pemedih matanya. Yang menjadi mangsa pertama adalah sekelian rakyat berada di outer circle perhimpunan itu. Anwar dan koncon-konconya ada di tengah-tengah perhimpunan. Rakyat juga yang jadi mangsa!

Siapa mereka? Analisis saya adalah para pelajar IPT kerana pada ketika ini universiti-universiti awam tempatan sedang mengadakan peperiksaan mereka. Dijangka kebanyakan pelajar akan habis menduduki peperiksaan pada pagi hari Sabtu tersebut. Maka tragedi 1998-1999 akan berlaku lagi angkara Anwar Ibrahim.

Apa yang pelik lagi, tuntutan BERSIH ini kebanyakannya memerlukan pindaan Parlimen. kecuali penggunaan dakwat kekal dan kebebasan media dalam pilihanraya. SPR telahpun memperkenalkan penggunaan dakwat kekal baru-baru ini. Insya Allah dakwat jenis ini akan digunakan dalam pilihanraya akan datang.

Kebebasan media yang dicanangkan oleh BERSIH atau pakatan Anwar sebenarnya adalah untuk membuka pintu yang lebih luas kepada media Barat yang juga rakan-rakannya. Mengapa orang luar perlu sibuk-sibuk dengan hal ehwal dalaman kita? Semasa pilihanraya pemilihan presiden Amerika (semasa Al Gore vs. Bush) tiada siapa dari Malaysia ke sana untuk buat coverage. Padahal siapa presiden Amerika akan memberi impak kepada hubungan luar negara kita. Ketika itu juga berlaku kontraversi. Bush telah tewas mengikut kiraan undi tetapi perkara ini dibawa ke mahkamah dan Bush diisytiharkan sebagai presiden. Bukankah seperti ada satu konspirasi di situ? Telus sangatkah mereka? Jadi mengapa harus kita perlu beriya-iya membuka pintu kepada CNN yang sememangnya american tool for propaganda menyibuk dalam urusan negara kita? Siapa mereka?

Tuntutan-tuntutan yang lain itu sebenarnya memerlukan pindaan Parlimen kerana itu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana adalah undang-undang tertinggi negara. Jadi dimanakah rasionalnya membawa hal ini kepada pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong? Anwar sengaja mewujudkan isu supaya beliau akan terus relevan dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Saya sedikit terkilan kerana seorang yang pernah menduduki kerusi nombor dua negara sanggup menggunakan rakyat untuk kepentingan beliau. Anwar menggunakan rakyat sebagai pelindung manusia beliau dalam menentang kerajaan Malaysia.

Saya pasti, akan berlaku keadaan yang tidak diingini Sabtu ini. Dan perkara ini akan menjadi isu hangat dunia kerana itu yang Anwar mahukan. Anwar dan tali barutnya tahu bahawa memorandum BERSIH ini tidak akan ke mana tetapi masih sanggup memperjudikan nasib dan nyawa rakyat supaya beliau akan diangkat sebagai pejuang negara. Pejuangkah beliau? Sekiranya berlaku keganasan seperti di Myanmar, pasti para pelabur asing bahkan pelabur tempatan (khususnya bukan bumiputera) di negara ini akan lari keluar. Maka merudumlah ekonomi negara yang pada ketika ini sedang melonjak naik. Minggu lepas Bursa Malaysia telah mencatatkan 1,400 mata iaitu yang tertinggi dalam tempoh tahun. Mahukah kita kehilangan semua ini. Negara-negara lain selepas ditekan Amerika, sekutu kuat Anwar, akan melakukan economy sanction ke atas Malaysia. Justeru, kegawatan ekonomi yang kita alami 10 tahun lepas akan kita rasai sekali lagi tetapi kali ini lebih perit. Amerika sekarang ini ekonominya sedang jatuh dan dengan cara ini ekonomi mereka akan sedikit melonjak.

Apabila ekonomi kita telah jatuh, kehidupan sosial kita turut akan terjejas. Kekacauan pasti akan berlaku kerana ramai yang akan hilang pekerjaan. Jalan termudah adalah mencuri. Apabila jenayah berleluasa (obviously we don’t have enough policemen around us) maka ketenteraman awam yang kita nikmati ketika ini akan lenyap. Politik negara juga akan goyah seperti mana di Sudan. Apabila semua ini berlaku, senanglah Amerika masuk campur. Kita seterusnya akan dijajah sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Iraq dan Somalia. Somalia yang ketika ini sedang bergolak adalah hasil tangan Amerika yang didalangi oleh rakyat tempatan sendiri. Mahukah kita menjadi seperti itu?

Awas saudara-saudaraku sekalian! Perhatikan sekekeliling kita pada hari ini. Telaah dan anda pasti nampak mengapa diri yang kerdil ini sangat khuatir. Jangan biarkan diri kita diperalatkan. Jangan biarkan alat Barat meracuni pemikiran kita. Fahami kembali sejarah lampau bagaimana Kota Melaka runtuh, bagaimana JWW Birch mula mendapat kuasa, bagaimana British mula bertapak, bagaimana Jepun dengan mudah menakluk kita. Sejarah kini sedang berulang.

Written by horizontimur

November 5, 2007 at 4:00 pm

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] bersambung… […]

  2. BETUL DAN BENAR SERTA JUJUR TIADA MEMIHAK KEPADA MANA2 PARTI

    lalat

    November 7, 2007 at 5:41 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: