Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Perhimpunan BERSIH 100,000 Rakyat… bhg 1

with 4 comments

Lagi 5 hari Dataran Merdeka mungkin akan dipenuhi dengan 100,000 orang untuk menjayakan tuntutan BERSIH supaya (dengan menggunakan perkataan asal mereka)

  1. The use of indelible ink

  2. A cleanup of the electoral roll

  3. The abolition of domestic postal voting

  4. Fair access to the media

Tuntutan ini jika diselidiki dengan lebih mendalam tidak lebih daripada gimik politik sahaja. BERSIH dibentuk sebagai sebuah NGO tetapi yang peliknya ditunggangi oleh politikus-politikus. Tuntutan sedemikian rupa lahir daripada ketidakpuasan mereka kerana parti-parti politik seperti PKR dan DAP masih gagal mengaut ‘keuntungan’ pilihanraya. PAS pula seperti biasa terpaksa menjadi Pak Turut kerana mereka tiada tempat untuk bergantung.

PAS adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang menwar-warkan bahawa mereka pembawa islamisasi ke atas negara ini. Parti ini harus ingat dianggotai majoritinya oleh orang Melayu. Begitu juga dengan UMNO. Hampir 95% ahlinya terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. Tetapi bezanya dengan PAS, UMNO meletakkan Melayu dihadapan barulah Islam. Mungkin kerana itu juga setiap kali persidangan agung mereka, kelab-kelab malam seperti Zouk, The Beach, Orange dan lain-lain akan penuh sesak dek Melayu yang tinggalnya bukan di Kuala Lumpur. Pada pandangan cetek saya, sudah sampai masanya PAS dan UMNO bergabung, bersatu hati dan bekerjasama seperti tahun 70an lalu. Orang Melayu tidak akan releven tanpa Islam. Kerana Islam jugalah Melayu itu menjadi sangat maju. Lihat sahaja bagaimana pesatnya ketamadunan Melayu berkembang ketika Parameswara mula memahami, memeluk dan mendokong Islam. Kerajaan Melayu lain juga ada pada ketika itu seperti Pasai, Samudera, Perlak, Kedah dan lain-lain lagi tetapi tidaklah sehebat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Malangnya apabila Islam mula dilupakan, Sultan Mahmud menjadi sultan terakhir yang menyaksikan kewujudan ketamaduanan Melayu yang sangat masyur ke segenap dunia. Jika tidak mahsyur, masakan Benggali Putih (Portugis), Keling (India), Cina, Siam, Arab dan lain-lain lagi terpaksa mempelajari bahasa Melayu untuk berdagang di Melaka.

Maka dengan itu juga ketika Perlembagaan Persekutuan digubal, Melayu itu dikaitkan dengan Islam supaya Melayu akan berdaya saing dan maju ke hadapan. Percayalah, negara ini pesat membangun dalam era 80an hingga kini. Kerana apa? Kerana Islam mula difahami kembali. Tetapi kini, Melayu semakin diasak dan dihenyak kerana semakin ramai yang kian melupai apa itu Islam.

Pasca 11 September 2001, rejim Amerika telah mengubah dasar luar negaranya dengan mengambil pendekatan sangat agresif. Sejak dahulu lagi Barat memusuhi Islam kerana mereka tahu selagi Islam itu difahami, maka dunia ini tidak akan mereka takluki sepenuhnya. Amerika kini menggunakan segala kemampuan mereka untuk mendajali negara-negara Islam. Mana-mana negara Islam yang papa dari segi pengetahuan atau harta akan dicari alasan untuk menjajahnya seperti Iraq, Afghanistan, Pakistan, Somalia, Sudan, Algeria dan pelbagai lagi. Malaysia yang memang sangat terkenal di serata dunia dengan hubungan baiknya dengan mana-mana negara di dunia ini kecuali Israel terpaksa dicabul secara halus. Oleh itu, pergerakan demokrasi ala Barat mula diserapkan ke dalam pemikiran rakyat negara ini.

Jika dikaji kembali siapa pencetus idea-idea demokrasi ala Barat ini, momoknya adalah parti DAP dengan gagasan ‘Malaysian Malaysia’nya. Agenda ini tidak pernah dilupakan oleh DAP tetapi selalu dilupai oleh orang Islam di negara ini. Kemudian apabila Anwar Ibrahim diterajang keluar daripada UMNO dan kerajaan, beliau pula cuba memenangi hati rakyat dengan alasan yang sama. Beliau dari dahulu lagi adalah seorang pejuang jalanan. Jangan dilupa siapa yang mengepalai pelajar universiti Malaysia pada era 70an menentang kerajaan. Jangan juga dilupakan siapa yang bertanggungjawab menyebabkan berpuluh ribu rakyat negara ini dipukul dan diperlakukan seperti binatang oleh FRU. Beliau dari dahulu lagi suka menggunakan rakyat untuk menjadi pelindung beliau. Rakyat yang ditangkap kerana menyertai Reformasi dibelasah secukupnya oleh polis. Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat adalah lebih lagi berbanding apa yang ditanggung oleh Anwar Ibrahim ketika beliau di penjara. Beliau hanya dilebamkan biji mata. Itupun hanya sekali. Beliau dibogelkan (dakwanya) itu hanya sekali. Tetapi bilik penjaranya adalah sangat mewah. Anwar Ibrahim boleh dikatakan hanya bercuti sebentar ketika di penjara. Tetapi, anak-anak muda yang kebanyakannya pelajar yang menjadi penyokongnya di jalanan tidur di atas lanatai simen bertemankan bau hancing di lokap dan penjara. Anak-anak ini dihantar ibu bapa untuk belajar di menara gading supaya dapat berbakti kepada negara dan keluarga. Tetapi akibat strategi Anwar yang mempergunakan rakyat, anak-anak ini hilang segalanya. Ditendang keluar dari universiti. Bekerja bertungkus-lumus hanya untuk sesuap nasi. Kalau ada kenderaan selain kapcai cabuk sekalipun hanyalah Wira secondhand. Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim? Kenderaannya yang selalu digunakan adalah MG Rover. Rumahnya bukan sebesar teres 18’x65′. Makannya bukan ikan kembung. Dagingnya bukan daging ais yang hampir expired. Siapa yang Mahazalim sebenarnya? Anwar tahu kesan strateginya kepada rakyat tetapi tetap diteruskan atas nama keadilan.

bersambung…

Written by horizontimur

November 5, 2007 at 1:18 pm

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Nov 5th, 2007 by horizontimur  bersambung dari bahagian 1… […]

  2. Pengharaman perhimpunan rakyat 10 Nov bukti BN bacul hadapi kebenaran

    marina

    November 10, 2007 at 4:52 pm

  3. kami mahu bukti demokrasi…bukan sekadar janji basi

    nurul

    November 11, 2007 at 12:17 am

  4. dimana konsep demokrasi yg selama ini dilaungkan kerajaan???

    nurul

    November 11, 2007 at 12:17 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: