Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Ini negara Chinakah?

with 3 comments

Saya baru-baru ini ada mendapat iklan promosi jualan rumah di bandar Taiping ini. Banglonya kelihatan cantik (berdasarkan gambar dalam risalah berkenaan) dan mewah. Harganya juga amat menarik perhatian. Namun, saya sedikit terkilan dengan cara penyampaian iklan tersebut. Tiada sepatah pun perkataan dalam bahasa kebangsaan yang tercatat pada risalah tersebut melainkan pada alamat pejabat jualannya (itupun nasib baik nama taman dan jalan memang dalam bahasa Malaysia). Tidakkah ini mencerminkan ‘kebiadaban’ syarikat berkenaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara ini dan bukan bahasa lain. Apa sekalipun alasannya, syarikat berkenaan jelas bersikap ignorant terhadap undang-undang tertinggi negara. Di mana Gerakan, PPP, DAP dan PKR dalam yang kononnya mendakwa bahawa mereka penegak bangsa Malaysia? Bandar Taiping itu sangat luas dan di sana juga merupakan kubu kuat Gerakan dan di situ juga merupakan satu-satunya kerusi PPP. Terdapat begitu ramai ahli DAP dan PKR di bandar Taiping. Saya pasti ramai yang mendapat risalah berkenaan, tetapi mungkin rata-ratanya terdiri daripada kaum Cina sahaja kerana amat jelas tulisan pada risalah berkenaan ditujukan kepada kaum tersebut sahaja.

Jika dilihat sekali pandang, mungkin perkara ini boleh dikatakan sangat remeh tetapi fikirlah semula. Tidakkah bahasa melambangkan bangsa? Jika jawapannya ‘Ya’ maka iklan ini mencerminkan bahasa bandar Taiping ini sama ada berada di China atau Taiwan. Fikir-fikirkanlah…

iklan rumah 

iklan rumah

Written by horizontimur

October 22, 2007 at 4:47 pm

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. I brought this up to my mum a couple of months back when i was browsing through the TV channels. There were some Chinese programmes that did not even have Malay or English (language that ALL would be able to understand) subtitles.

    I was utterly surprised. If Mandarin, Cantonese or whichever were a mandatory subject, i wouldn’t mind as i would then be able to understand the conversation if not pockets of it. But as it is not a mandatory subject, how the heck am i suppose the understand what am i watching.

    You might think why bother as no one else except for the Chinese who would be bothered to read or watch it. But as the blog author wrote: Ini negara Chinakah?

    Muhammad Yunus

    October 22, 2007 at 9:49 pm

  2. That’s my point! I wouldn’t careless if we are in Hong Kong, China or even Taiwan. But this is Malaysia where the national language is bahasa Malaysia. In fact RTM as well doesn’t seem to care about this matter. If you watch RTM2 on Sunday (I think) they have this one program called ‘What Say U’ which meant for the Chinese community. That I can understand. However, Mandarin is not the national language. Every program on either national TV, official printing or in fact in the net is supposed to have at least bahasa Malaysia subtitle. That is the language which every Malaysian understand. But again, why the heck most of TV3 Malay dramas have English subtitle?

    horizontimur

    October 24, 2007 at 2:21 pm

  3. Kamu ni memang tak paham apa yang mereka pikirkan.. Orang cina yg akan beli rumah macam tu, bukannya melayu nak beli.. Org melayu biasala, nak rumah macam kampung yang mempunyai ruang halaman, dan bukannya banglo… Rumah mana yg kamu nak beli? Banglo atau rumah yg ada ruang halaman? Pikirlah dulu sebelum nak cakap apa2 pasal ‘kebiadaban’ la, pasal isu bangsa la, bahasa la… Apa yg kamu cerita tu sudah mula menghangatkan lagi isu perkauman.. Relak aje la… Lainla kalau ko nak beli rumah tu, baru la ko taruh dia org.. Dahlah bukan ada duit nak beli, lagi nak bangkitkan isu bahasa dan bangsa. Boleh diam sikit tak!! Ada duit beli baru bising…

    Semua org dah ingat kita org melayu ni hanya mampu beli rumah sebab ada diskaun Bumiputera, ni semua adalah hak istimewa org melayu yg kaya aje.. Kita ni sama juga nak kerja macam kaum lain, apa yg istimewa sangat? Kita org melayu patut beli rumah dengan kemampuan kita yg tak harapkan diskaun itu. Kita bukannya pengemis!!! Apa pasal org lain boleh beli rumah tanpa diskaun,dan kita org melayu pulak nak banyak sangat diskaun…

    Bangkitlah wahai semua org Melayu!! Kita sudah maju di hadapan, kita tak payah harapkan sangat semua tu, kita pasti BOLEH!!!

    Zainuddin

    October 11, 2008 at 7:00 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: