Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

TAHNIAH MALAYSIA!

with 3 comments

Logo Program Angkasawan NegaraAkhirnya malam tadi negara kita berjaya juga menghantar seorang Angkasawan™ ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus berdoa supaya angkasawan kita selamat sampai ke stesen tersebut, menjalankan tanggungjawab beliau di sana dan selamat kembali.

Walaupun ada terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa Agensi Angkasa Kebangsaan, AS (NASA) tidak mengiktiraf angkasawan kita sebagai ‘astronaut‘ tetapi hanya sebagai ‘spaceflight participant‘, pada hakikatnya angkasawan kita kini dalam perjalanan ke ISS. Dr. Sheikh Muzaphar Shukor bukan sekadar pergi bersiar-siar di ISS tetapi beliau membawa tanggungjawab negara untuk melakukan tiga ujikaji saintifik dalam keadaan graviti mikro (microgravity). 

Kedua-dua angkasawan kita termasuk Dr. Faiz Khaleed telah menjalani latihan -ihsan www.insurancebroadcasting.commelalui segala jenis ujian dan latihan yang dilalui oleh calon-calon angkasawan dari AS, Rusia, Jepun, Kanada dan Euro sehingga membolehkan kedua-dua mereka terpilih untuk menyertai Ekspedisi ke-16 ini. Mungkin NASA sengaja melabelkan Dr. Sheikh Muzaphar sedemikian rupa kerana beliau merupakan angkasawan pertama dari negara membangun dan kebetulan pula beliau adalah muslim pertama ke sana yang betul-betul bertujuan melakukan kajian yang akan memberi manfaat kepada dunia (putera raja Arab Saudi juga pernah ke sana tetapi beliau hanya melawat). Mungkin juga kerana ISS tidak dibina dan dimiliki bersama oleh kerajaan Malaysia.

 Walau apapun, syabas dan tahniah kepada angkasawan-angkasawan kita, pihak kerajaan Malaysia termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan antara pencetus awal idea ke angkasa, NGO, pihak swasta dan orang perseorangan yang terlibat, serta seluruh rakyat Malaysia yang menyokong sepenuhnya program ini. Semoga simbolik daripada program ini ditelaah sebaiknya oleh seluruh bangsa Malaysia agar kita dapat terus lebih maju daripada dunia.

Malaysia Boleh! Malaysiaku Gemilang!

 

 ihsan News Straits Times  ihsan The Sun 

 ihsan Utusan Malaysia ihsan The Sun 

ihsan The Star  ihsan www.spacefacts.de  ihsan Utusan Malaysia  ihsan The Sun

Written by horizontimur

October 11, 2007 at 3:14 pm

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Assalamualaikum..to both of you..I always wanted to meet both of U..the heroes of mALAYSIA..Just proud to be like what you’re hv done as this far…once again, want to congrates both of U coz u both have achieve as far as this GREAT ACHIEVEMENt..I also hold on my ambition to be a excellent doctor one day..May god bless me towards the day on….I’m aged 17 years old for this year..still waiting for my SPM result..I know that my way of life so long..there is much knowledges that I need to treasure in this life..You’re both inspires me regard my ambition and high up my spirits indeed..U both have inspires me to use the English languages everyday and yet I now has already improve on my English as what U’re both just advices and to stand up our younger to do so..thank a lots…I deem and love to know the real story and experiences of you Dr Sheikh…when you went to the space, at the soyuz, at ISS, when you came back to the earth..that was really fasinating me..If you don’t mind Dr Faiz and Dr sheikh..whilst I just staying at home..I doubly wanted to know about both of more close bout your experineces…and in fact, I most prone to see more pictures of both of U while you are still under ‘Angksawan Programme’…and I doubly wanted to know bout your e-mail address or anything..so that I just can hit both of u..K..TQ..Assalamualaikum..

    Nur Hafizah Binti Mohd Ismail

    December 27, 2007 at 11:56 am

  2. dr.sheikh nsem! =]

    Miela

    March 15, 2008 at 12:48 pm

  3. i like Dr cause he is my idol

    nur faez

    July 2, 2008 at 8:23 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: