Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Dong Jiao Zong : Pertubuhan Malaysiakah?

leave a comment »

Dong Jiao Zong (DJZ) yang sememangnya terkenal dengan kontroversi yang kononnya memperjuangkan pendidikan Cina di negara ini sekali lagi cuba mencuri perhatian negara apabila mempertengahkan isu pinjaman buku teks berbahasa mandarin di sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Cina.

Kabinet memutuskan bahawa tiada peruntukan pinjaman buku teks berbahasa mandarin kepada SRJKC. Sekolah jenis itu hanya akan diberi kemudahan skim pinjaman buku teks bagi mata pelajaran sains dan matematik yang berbahasa Inggeris sahaja. DJZ menyatakan tindakan Kabinet tersebut sebagai satu tindakan diskriminasi ke atas SRJK Cina. Sekali DJZ terlupa bahawa sebenarnya peruntukan yang dinikmati oleh semua sekolah jenis kebangsaan di negara ini adalah ehsan semata-mata dan bukanlah tanggungjawab kerajaan sebenarnya.

Semasa awal kemerdekaan, melalui pemimpin-pemimpin kaum utama di Tanah Melayu yang dipilih sendiri oleh rakyat secara demokrasi, masing-masing telah bersetuju bahawa hanya sekolah kebangsaan (SK) sahaja yang diiktiraf sebagai sekolah yang menaja aspirasi dasar pendidikan nasional. Selain daripada SK, sekolah-sekolah lain dianggap seolah-olah seperti sekolah swasta yang dibiayai oleh pentadbiran sekolah tersebut. Namun, sekolah-sekolah ini masih diiktiraf kerajaan selagi berpandukan kepada silibus kementerian berkenaan (dalam erti kata lain, pelajar-pelajar perlu menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM).

Peruntukan-peruntukan yang disalurkan selama ini oleh kerajaan selama kepada SRJK sama ada Inggeris, Tamil atau Cina* sepatutnya disyukuri. Kerajaan tidak punya sebarang obligation ke atas sekolah-sekolah ini. Patutkah DJZ menuduh kerajaan mendiskriminasikan SRJK Cina? Siapakah yang sebenarnya disindir oleh pertubuhan ini?

Jika dilihat pada laman web DJZ tidak kelihatan langsung ciri-ciri kemalaysiaannya. Apakah motif ‘perjuangan’ sebenar mereka dan siapakah asal usul mereka? Kita perlu membaca between the lines setiap isu yang dibawa oleh pergerakan ini untuk memahami agenda sebenar mereka. Memang selayaknya kerajaan tidak mengendahkan desakan DJZ kerana kita asyik memberi tetapi tidak pernah diberi. Siapa yang ‘menolak’ dan siapa yang menerima ‘ansur’nya?

 

*Tidakkah pelik mengapa istilah Cina digunakan walhal SRJK yang lain menggunakan istilah yang menunjukkan jenis bahasa yang menjadi medium pengantaraan utama di sekolah berkenaan seperti bahasa Inggeris dan Tamil

Written by horizontimur

October 11, 2007 at 11:22 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: