Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Sejarah Berulang Kembali : Rakyat Malaysia Jual Negara Sendiri

with 4 comments

keratan akhbar The Sun - 10/9/2007

Seorang rakyat Malaysia menyaman Britain kerana membawa masuk nenek moyangnya ke Tanah Melayu sehingga etnik India di Malaysia pada hari ini terpaksan tinggal di negara ini.

Adakah ini satu contoh patriotisme sebagai seorang rakyat Malaysia? Ponnusamy Waytha Moorthy ke Washington D.C. untuk memaklumkan kepada Kongres US tentang samannya ke atas kerajaan Britain tersebut. Mengapa sampai perlu ke Amerika Syarikat? Adil sangatkah mereka sehingga sanggup melanggar Iraq, mengsengsarakan rakyat di Afganistan, meranapkan ekonomi Mexico dan memporakperandakan dunia?

Menurut ‘pengkhianat bangsa’ ini, masyarakat India di negara ini terpaksa menelan “years of pain, suffering, humilliation, discrimination and continuous coloniallisation under the current Malaysian government.” Apakah maksudnya? Siapa yang sengsara? Jika etnik India di negara ini masih terus dijajah mengapa dirinya kerjaya menjadi seorang peguam, antara kerjaya yang sangat dihormati di negara ini? Bagaimana pula dengan kejayaan Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan? Rakyat Malaysia kenal akan nama ini terutama yang melanggan Astro dan Maxis. Beliau dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur dan mempunyai kekayaan melebihi USD 6.0 bilion[i]. Hina lagikah beliau? Bagaimana pula dengan ‘insan-insan Bersamamu TV3’?

Ketika negara ini masih baru mencapai kemerdekaan hasil kesepakatan seluruh etnik di negara ini (Melayu, Orang Asli, India dan Cina), Tun VT Sambanthan ketika ucapannya di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 menyebut :-

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.”[ii]

Ini yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain. Pada hari ini, terutama generasi muda telah lupa apa yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Mereka tidak pernah didedahkan dengan perkara ini sehingga sudah ada antara mereka yang mula mempersoalkan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya perkara seumpama ini didedahkan melalui mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah. Guru-guru sejarah seharusnya menerang dan memahamkan perkara ini kepada para pelajar dengan bertanggungjawab, dan tidak hanya menumpukan perkara-perkara yang akan masuk ke dalam kertas PMR atau SPM sahaja.

Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain pula, sekiranya setiap etnik India di negara ini berjaya mendapat £1 juta hasil saman tersebut, mungkin etnik Melayu juga boleh memfailkan saman terhadap Kerajaan Britain kerana membawa masuk orang India dan Cina ke Tanah Melayu yang menyebabkan etnik pribumi tersebut terpaksa berkongsi kuasa, kekayaan, tanah dan segalanya dengan etnik lain. Sehingga TV3 terpaksa membuat rancangan Bersamamu untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa ramai lagi orang Melayu yang masih hidup dalam kedaifan walaupun sudah ada rakyat Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah berbilion-bilion US dollar.

Ponnusamy ada menyebut bahawa 70% daripada masyarakat India di negara ini masih miskin. Selain daripada kerajaan, tidakkah 40 orang terkaya di Malaysia[iii] yang antaranya juga daripada kalangan etnik India mempunyai social obligation bagi membantu rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kedaifan ini? Umum mengetahui bahawa peniaga-peniaga Cina mempunyai jaringan mereka sendiri bagi membantu etnik Cina yang memerlukan bantuan. Begitu juga dengan kongelemerat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Sekali imbas perkara ini mengingatkan saya peristiwa robohnya Kota Melaka 450 tahun yang lalu akibat daripada sikap khianat Nina Chattu dan Uthimutha yang menjual rahsia Kota Melaka kerana termakan dengan janji manis Portugis. Mereka berdua ini adalah rakyat Melaka (berasal dari Benua Keling) tetapi kerana hasad dengki dan tamak haloba maka mereka sanggup berpaling tadah menjual bangsa dan negara kepada bangsa asing. Ini yang berlaku kini. 

Ada cubaan oleh bangsa Malaysia sendiri untuk mengancam Perlembagaan Persekutuan. Jika Perlembagaan ini menjadi tidak sah maka segala undang-undang negara ini tidak sah. Parlimen tidak sah. Segalanya menjadi tidak sah. Politik negara menjadi tidak stabil. Ekonomi akan runtuh. Rakyat tidak akan lagi menikmati ketenteraman dan keamanan pada hari ini. Keadaan akan menjadi huru hara. Mungkin tragedi di Bosnia akan berulang di Malaysia. Apabila ini berlaku ada kuasa asing yang akan mengambil kesempatan untuk bertapak di negara ini di atas nama keamanan dan hak asasi manusia. Selepas itu, kita akan kembali menjadi anjing suruhan orang di tanah air yang merdeka ini.



[i] The World’s Billionaires – Forbes.com
[ii] Tan Sri Haji Khalid Awang Osman. Malaysia – An Anthology. New York: Vantage Press. 60
[iii] Malaysia’s 40 Richest – Forbes.com

Written by horizontimur

September 21, 2007 at 6:02 pm

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Tujuan utama mereka berkumpul adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia. Memorandum tersebut menyuarakan perasaan HINDRAF bahawa kononnya masyarakat India di negara ini tidak berbela nasibnya setelah ditinggalkan oleh penjajah British pada 1957 sebagai buruh kasar di negara ini. Baca lagi di sini […]

  2. sebenarnya apa yang dinyatakan adalah tidak benar sama sekali.. ini kerana tuntutan yang dilakukan oleh Hindraf adalah kerana pelbagai sebab yang terbuku dalam hati mereka..sebenarnya banyak perkara yang telah berlaku tetapi tidak didedahkan. ini menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk menyuarakan pendapat mereka agar semua rakyat dan masyarakat malaysia mengenai keadaan mereka dinegara ini..bukannya bertujuan untuk mewujudkan suasana ketegangan dikalangan kaum di malaysia…rakyat india dimalaysia amat menghormati kontrak sosial yang telah digubal tetapi persoalannya sampai bilakah harus terus dibelenggu kontark tersebut walaupun kami telah berada dinegara ini hampir 100 tahun ( generasi ke -5 )..

    adam

    February 22, 2008 at 2:02 am

  3. Dibelenggu? Tidakkah kaum India mendapat hak bersekolah (boleh memilih sekolah), boleh mendapat segala hak keugamaan mereka, boleh menyimpan nama mereka (bukan seperti di Thailand dan Indonesia), dan semua hak yang diberi. Yang menjadi punca ialah kemarahan orang India terhadap sekumpulan India yang lain. Sebanyak orang India yang miskin, lebih banyak orang Melayu yang miskin. Sebanyak orang India yang tidak dapat peluang, lebih banyak Melayu yang tidak mendapat peluang.

    Tapi persoalannya, mengapa sekarang? Baru tersedar? Mungkin tidak. Termakan hasutan? Mungkin….

    Raz

    July 28, 2008 at 12:30 pm

  4. Sebagai rakyat malaysia, mengapa mesti mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang terdahulu? ketiga-tiga kaum utama di Malaysia juga ramai yang masih hidup dalam kemiskinan. jadi, kenapa harus mempersoalkan perkara ini?. Malaysia adalah sebuah negara yang cukup bertimbangrasa terhadap semua kaum. adakah kita mampu memperolehnya di negara lain?. kaum india sendiri, jika mereka kini masih berada di negara asal mereka, adakah mereka akan hidup dalam keadaan yang lebih baik?. tetapi, melihatkan keadaan hari ini, negara kita jauh lebih aman dan stabil dari segi ekonomi dan lain-lain. buktinya, kaum india masih ramai yang mampu bersekolah pada masa ramai lagi kaum melayu yang tidak berpeluang ke sekolah kerana masalah kemiskinan…fikir-fikirkan lah…

    MR

    January 1, 2009 at 11:26 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: