Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Banjir : Tanggungjawab Siapa?

leave a comment »

Baru-baru ini banjir kilat melanda lagi ibu negara. Banyak harta benda yang musnah. Jalan-jalan utama tenggelam. Sampah-sarap daripada tinggalan banjir mengotori bandaraya Kuala Lumpur. Peniaga-peniaga terpaksa membuat lelongan ‘stok banjir’ bagi mengelak menanggung kerugian yang lebih besar. Laporan kesan banjir di ibu kota diberi liputan hangat selama berhari-hari oleh media terutama TV3.

Seperti biasa pihak kerajaan tidak lerlepas daripada menjadi kambing hitam. Sistem tebatan banjir di Kuala Lumpur yang masih tidak siap diberi gambaran seolah-olah menjadi punca berlakunya bencana banjir. Tetapi yang pastinya kejadian banjir kilat di ibu negara bukan lagi cerita baru malah bencana seumpama ini telah berlaku sebelum perancangan sistem tebatan banjir difikirkan lagi.

Siapa yang lebih bertanggungjawab? Kerajaan? Kita?

Sememangnya kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada kita kerana itu adalah tugas mereka sebagai pemerintah. Kita telah membayar pelbagai jenis cukai daripada cukai pendapatan hinggalah ke cukai pintu. Kita turut membayar berjenis-jenis caj perkhidmatan swasta seperti caj Indah Water dan Alam Flora semata-mata untuk mengambil ‘sisa’ milik kita. Maka selayaknya dan sewajibnya kerajaan dan rakan-rakan korporatnya bertanggungjawab memberi perlindungan dan perkhidmatan bagi menjaga keselamatan kita. We, the rakyat are  the government since we pay variety of taxes and we install the Government. As a result the Government should serve us and not the other way round.

Namun, apa peranan kita sebagai rakyat negara ini?

Hidup ini adalah satu kitaran simbiosis. Setiap entiti, setiap orang saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Kita turut bertanggungjawab ke atas bencana banjir tempoh hari.

Ya, pelbagai cukai telah dibayar dan kerajaan telah dan sedang berusaha sedaya-upaya menangani masalah ini. Alam Flora juga turut menjalankan tugas mereka dengan mengutip sampah-sarap milik kita. Tetapi apa yang kita telah lakukan?

Sg. Klang, Sg. Gombak dan sungai-sungai lain di ibu negara tidak pernah jernih walaupun kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit wang rakyat untuk membersihkan sungai-sungai ini. Mengapa? Masih ada yang terus-terusan mencemarkan sungai-sungai kita. Saya sendiri melihatnya. Seorang lelaki dengan ‘selambanya’ keluar dari keretanya ketika sedang menunggu lampu isyarat merah di Brickfields membuang satu bungkusan sampah ke dalam Sg. Klang. Apa ini? Bodoh atau tolol? Lihat sahaja paparan dan laporan berita di media tempatan, sungai-sungai di ibu negara masih dipenuhi sampah. Dari mana datangnya?

Inilah sikap orang kita, orang Malaysia. Suka emnunding jari kepada orang lain. Tetapi akan cepat melenting jika ada jari lain yang menunding ke arah kita. Tulisan ini bukan untuk memburukkan atau memalukan rakyat kita, dan kerana itulah tulisan ini ditulis dalam Bahasa Melayu… oops… Bahasa Malaysia.

Sebagai rakyat, kita perlu sedar bahawa segala keputusan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada kita sendiri. Ambil sahaja contoh penjagaan alam sekita. Kerana masih ramai yang menggunakan plastik, steroform dan kertas secara berlebihan, bahan sisa pepejal di negara menjadi terlalu banyak sehinggakan kawasan-kawasan tanah lapang yang mungkin berpotensi untuk dimajukan terpaksa dibazirkan dengan dijadikan kawasan pembuangan sampah (landfill). Demi menyelamatkan kawasan-kawasan sebegini kerajaan telah berusaha mencari alternatif lain seperti membeli incenarator yang kononnya ‘eco-friendly‘ tetapi tetap mencemarkan udara kita sedikit demi sedikit. Semua ini adalah kesan angkara kita dan bagi mengatasinya kerajaan menggunakan wang cukai kita.

Projek sistem tebatan banjir di ibu negara yang menelan berbilion-bilion ringgit juga salah satu usaha kerajaan bagi menangani masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Wang siapa? Wang kita!

Jika orang Malaysia lebih prihatin dan bijak menguruskan alam sekitar, nescaya tidak perlu kerajaan ‘membazirkan’ wang kita dan keuntungan Petronas bagi menyediakan pelbagai projek bagi mengatasi masalah banjir terutama di Kuala Lumpur dan Shah Alam serta projek pembersihan sungai-sungai di negara ini. Semua ini adalah pembaziran kesan daripada perbuatan kita sendiri. Tiada kesedaran. Tiada keprihatinan. Yang ada hanyalah tundingan jari.

Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan wang berbilion-bilion yang terpaksa dibelanjakan ke atas projek SMART? Sekurang-kurangnya sudah cukup untuk menurunkan harga petrol. Bukankah ini yang kita mahukan?

Sekiranya orang Malaysia masih leka, maka cukai taksiran, cukai pintu, caj Alam Flora, taarif penggunaan air akan terus meningkat naik bagi menampung kos pengurusan sampah-sarap milik kita dan pembersihan air yang kita sendiri kotori. Wang ini boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain seperti penaik tarafan jalan raya, sekolah dan klinik-klinik kesihatan, penambahan subsidi minyak dan sebagainya.

Yang penting sekarang adalah perubahan sikap kita. Sikap yang positif terhadap alam sekitar dan pemikiran kelas pertama akan mengurangkan belanja pengurusan negara ke arah perkara yang remeh-temeh. Hanya kerana sikap buruk beberapa orang yang tidak berakal dengan membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas, beribu-ribu ringgit perlu dibazirkan bagi memperbaiki sistem perpaipan di Hospital Sg. Petani. Tidakkah ini merugikan?

Orang kita, orang Malaysia perlu sedar akan kesan perbuatan buruk kita sendiri. Kita perlu berubah daripada sikap suka menunding jari kepada sikap sedar diri. Media massa juga bertanggungjawab menyedarkan rakyat mengenai perkara seumpama ini, dan bukan hanya membentuk public perception bahawa yang bersalah adalah kerajaan dan pembangunan tidak terancang (walaupun tidak menyebutnya secara terus). Please help ourselves to save our world from destruction for our great grandchildren’s sake. Save the planet!

Written by horizontimur

June 14, 2007 at 1:46 pm

Posted in Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: