Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Syor murid Cina, India belajar 2 sesi

with one comment

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail

MB Selangor mahu amalan sekolah kebangsaan diguna pakai tingkat integrasi kaum

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mencadangkan supaya murid Cina dan India menghadiri sekolah kebangsaan pada sebelah pagi dan menghadiri kelas bahasa, budaya dan agama mereka di sekolah jenis kebangsaan pada sebelah petang sebagai langkah memantapkan integrasi kaum.

Beliau berkata, murid Melayu sudah lama mengamalkan cara itu apabila mereka menghadiri sekolah kebangsaan pada sebelah pagi dan mengikuti kelas agama dan belajar sedikit bahasa Arab di Sekolah Agama Rakyat pada sebelah petang.

“Dengan belajar bersama bawah satu bumbung pada sebelah pagi, murid Melayu, Cina dan India dapat bersaing dalam bidang pelajaran serta mempelajari budaya satu sama lain, manakala dengan menghadiri kelas petang pula, mereka dapat mempelajari bahasa, budaya dan agama masing-masing di sekolah berkenaan pada sebelah petang.

“Dengan cara ini, kita akan dapat melihat bahawa kita bergerak sebagai sebuah masyarakat pelbagai kaum yang berkongsi visi serta misi yang sama. Kini, kita dapat melihat pelajar tidak bercampur serta bergaul sesama mereka dan ini akan menjadi masalah kepada kita,” katanya selepas melancarkan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2007 di sini.

Dr Mohamad Khir berkata, sekolah pelbagai aliran pada ketika ini menyebabkan tiada pertembungan dan percampuran antara kaum dan ini menjadi pemisah untuk kanak-kanak Melayu, Cina dan India untuk bergaul serta memupuk persefahaman.

Katanya, walaupun Malaysia sudah 50 tahun merdeka tetapi pemisahan antara kaum masih berterusan dan jika terus dibiarkan akan memberi masalah besar kepada negara pada masa depan.
“Kita kekalkan SRJK di negara ini kerana kita tidak akan rugi apa-apa, tambahan pula sekolah ini tidak mendapat bantuan penuh kerajaan Pusat.

“Kita kena bincang perkara ini dengan fikiran terbuka kerana kita mahu masyarakat Melayu, Cina dan India kekal dengan budaya mereka tetapi kita perlukan satu tempat untuk kanak-kanak bercampur, bergaul dan bersaing dalam pelajaran,” katanya.

Dr Mohamad Khir berkata, perkara itu dibincangkan pada mesyuarat mingguan Exco baru-baru ini dan mahu Kementerian Pelajaran meneliti cadangan itu di samping meminta semua pihak dapat berbincang dengan fikiran terbuka dan matang.

“Saya amat berharap kita dapat membuka minda seluas-luasnya kerana kita tidak akan rugi apa-apa sebaliknya menguntungkan semua pihak,” katanya.
Sementara itu, ketika berucap Dr Mohamad Khir menasihatkan guru supaya tidak menjadi seperti robot kerana terlalu mahu mengikut prosedur dan garis panduan ketika mengajar sehingga mengekang kreativiti guru.

“Matlamat kita melahirkan modal insan berkualiti dan relevan dengan keperluan negara. Tidak ada salahnya guru menggunakan “common sense” ketika mengajar asalkan matlamat tercapai,” katanya.
Pada majlis sambutan itu, tiga bekas guru dipilih sebagai Tokoh Guru Selangor 2007 sebagai menghargai sumbangan besar memajukan bidang pendidikan di negeri itu. Mereka ialah, Datuk Mohd Yusup A Latiff, 70, Muhiddin Takah, 62, dan Lee Koon Hooi @ Lee Kim Wey, 60.

-Berita Mingguan, 20 Mei 2007-

Written by horizontimur

May 21, 2007 at 10:02 am

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […]   That’s One Small Step For A Man, A Giant Leap For Mankind Monday May 21st 2007, 12:51 pm Filed under: Malaysia, education, politics That was said when Neil Armstrong the first human to step on the moon for the first time. And now I think it’s suitable and accurate to use the phrase once more when the Selangor MB talked about Sekolah Kebangsaan as perfect pool for students integration on Saturday. […]

    Horizon Timur

    May 21, 2007 at 12:51 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: