Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Jangan Perbodohkan Rakyat

leave a comment »

Sepanjang pilihanraya Ijok, pelbagai manifesto ditaburkan oleh ahli-ahli politik. BN dengan agenda pembangunan, manakala PKR-DAP dengan agenda perjuangan bangsa Malaysia. Tetapi jangan perbodohkan rakyat!

Rakyat di bawah juga ke sekolah. Ada yang melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara untuk mencari ilmu. Mereka juga tahu menilai. Politikus Malaysia perlu lebih terbuka fikiran dan berpandangan jauh jika mahu membangunkan negara ini.

Pembangunan bukan hanya secara fizikal sahaja. Ia melibatkan pembangunan minda, etika dan sikap. BN sering menggunakan modal pembangunan apabila tiba musim pilihanraya. Jalan raya yang berlubang mula diturap. Taman rekreasi juga dibina secara ekspress (2 minggu sahaja) bagi menyogok hati rakyat. Duit berjuta-juta mencurah masuk untuk di atas nama pembangunan. Projek-projek pilihanraya ini akan bermula pada awal minggu berkempen dan akan siap sebelum hari mengundi.

Namun, berapa lama jalan-jalan ini boleh bertahan? Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu lebih lama bertakhta daripada lamanya bertahan jalan-jalan pilihan raya ini. Amat merugikan. Wang rakyat dibazir begitu sahaja. Memang pada zahirnya dilihat ada perubahan. Tetapi kualitinya tidak seberapa. 2 bulan selepas tamat pilihan raya, kemudahan-kemudahan awam ini akan mula rosak. Tidak berfikiran jauhkah pemimpin-pemimpin BN itu?

Pihak pembangkang (Parti KeAdilan Rakyat dan Democratic Action Party) begitu bersemangat menjual konsep bangsa Malaysia (Malaysian Malaysia). Tidak kira siapa yang menjadi calon, Melayu, Cina atau India, mereka dakwa akan tetap menjaga nasib setiap kaum. Cuma yang menjadi tanda tanya, mengapa tidak diletakkan calon Melayu atau India di Machap, Melaka (pilihanraya kecil DUN N 8 – 12 April 2007) walaupun majoriti kaum adalah Cina? Di Ijok, Selangor pula (pilihanraya kecil DUN N 11 – 28 April 2007), adakah disebabkan majoriti kaumnya Melayu maka diletakkan calon Melayu? Tidakkah ini politik perkauman?

Rakyat tidak bodoh dan jangan cuba perbodohkan rakyat.

PKR-DAP memberi jaminan bahawa tidak akan ada satu pun kuil di Ijok akan dirobohkan jika mereka menang di situ. Kenyataan ini dilihat menikam diri sendiri. Isu perobohan kuil Hindu di Ijok bukan disebabkan sentiman perkauman ataupun keagamaan. Bukanlah disebabkan Islam itu agama Persekutuan, tetapi disebabkan kebanyakan kuil ini dibina tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Rakyat di bawah faham akan isu ini. Walau bagaimanapun disebabkan keghairahan memancing undi, pembangkang telah tersilap langkah. Tidakkah kenyataan mereka ini seolah-olah membenarkan rakyat melanggar undang-undang yang sedia ada? Jika begitu mengapa perlu bersusah-payah bertanding untuk menjadi ADUN atau Ahli Parlimen kerana salah satu fungsi kedua-dua badan ini adalah untuk menggubal undang-undang.

Segelintir rakyat yang ekstrim atau kecewa mungkin akan termakan pancingan PKR-DAP. Bagi mereka yang benar-benar memerhati dan mendengar, pasti akan kecewa dengan kempen pembangkang. Why? Cara mereka seolah-olah rakyat di bawah bodoh dan tidak tahu apa-apa. Dicanang isu ISA. Diceritakan nasib malang isteri-isteri tahanan tetapi tidak dijelaskan langsung kesalahan-kesalahan tahanan. Padahal hampir 90% tahanan akta ‘zalim’ ini terdiri daripada penjenayah berat dan pengganas (al-Maunah, JI dan KMM). Maka perlukah akta yang melindungi rakyat ini daripada keganasan dimansuhkan? Atau pakatan PKR-DAP hanya menggunakan isu ini semata-mata untuk meraih simpati rakyat?

Sebagai rakyat kita perlu lebih berkiran terbuka dan melihat dari segenap sudut. Sudah cukup rakyat Malaysia pemikirannya asyik ditunjuk oleh lain. Sudah tiba masanya kita berfikir sendiri.

Written by horizontimur

April 28, 2007 at 2:51 am

Posted in politics

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: