Horizon Timur

Discourse polemics mainly in Malaysia

Pembistarian Sekolah : Penyelesaian Terbaik?

leave a comment »

warisan bangsaKementerian Pelajaran kini sedang giat berusaha meningkatkan ‘imej’ sekolah-sekolah di Malaysia. Kini telah dilancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang rata-rata tokoh pendidikan bersetuju dengan konsepnya. Sistem sekolah kluster turut diperkenalkan. Dan kini ‘pembestarian sekolah’. Langkah-langkah ini amat dipuji kerana pada konsepnya memang tampak punyai visi dan wawasan untuk membangunkan modal insan negara tetapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya?

Tempoh hari, para guru jenuh berperang bermatian-matian menolak kemasukan PTD dalam Jabatan Pelajaran di negeri-negeri. Mungkin ada asasnya. Kenaikan pangkat mungkin akan sedikit terhalang dan ‘pengawalan penggunaan’ sumber kewangan mungkin akan sedikit ketat. namun, adakah ini matlamat utama guru-guru apabila mula-mula mengisi borang permohonan untuk menjadi cikgu?

Saya ada terbaca satu artikel oleh Prof Khoo Kay Kim dalam Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya amat lemah dalam memahami konsep dan berfikir. Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini? Bukankah kemahiran sebegini sepatutnya telah dapat ditangkap semasa berada selama 11 tahun di bangku sekolah? Saya ada berbincang dengan beberapa orang profesor di universiti tempatan. Mereka agak kesal dengan daya fikir para ‘mahasiswa’. Di sebalik jumlah A dan B dalam SPM mereka, pengetahuan mereka amat terhad bak katak di bawah tempurung. apa yang ada di dalam buku teks, itu lah yang ada di bibir mereka. Jika disuruh mengulas sesuatu di luar ruang lingkup buku teks, menjadi ‘blur’ lah mereka ini. Di mana silapnya? Ibu bapa? Guru? PTD?

Mungkin ada yang akan melatah dengan kenyataan ini tetapi inilah hakikatnya. Pelajar-pelajar sekolah tidak pernah ‘diajar’ tetapi disuruh menghafal. Saya masih ingat ketika di bangku sekolah, beberapa bab dlam buku teks tidak disentuh oleh guru kerana dikatakan bab tersebut tidak akan masuk dalam peperiksaan. Formula math tidak pernah diterangkan mengapa dan bagaimana ia boleh tercetus. Yang penting hanya hafal formula ini untuk masalah ini dan formula itu untuk masalah itu. Keputusan peperiksaan memang¬†A, tetapi bolehkah pelajar A ini menerbitkan formula baru atau mengaplikasikannya untuk permasalahan serupa tetapi lebih kompleks?

Saya amat tertarik dengan siri Numbers. Walaupun cerita-cerita Hollywood selalu exaggerate hakikat sebenar tetapi tidak mustahil seseorang yang faham konsep suatu formula math itu boleh menggunakannya untuk menjejaki seorang penjenayah. Soalnya, bolehkah pelajar Malaysia menjadi begitu?

Hafal hafal dan hafal. Itu sahaja yang diajar di sekolah. Sehinggakan belajar agama juga disuruh menghafal. apalah salahnya jika diterangkan apa maksud surah al-Fatihah itu dan falsafah di sebaliknya sehinggakan ia perlu dibaca dalam setiap rakaat dalam solat. Adakah ini penyebab berlakunya masalah sosial yang sangat ketara di kalangan ramaja Islam di negara ini walaupun gadisnya bertudung dan bersembahyang? Tiada penghayatan! Kenapa?

Amat bagus jika pembistarian sekolah dilaksanakan. Menurut Pengarah Bahagian Sekolah semalam, di US sendiri masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak dapat menandingi facilty di negara kita. Namun, berbaloikah membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat semata-mata untuk kemajuan fizikal sahaja. Walhal, kualiti pelajar semakin membimbangkan. Janganlah kita lupa tujuan asal sekolah dibina dan falsafah pendidikan negara dibuang ketepi sahaja.

Jangan nanti pada 2020, belia negara hanya hebat di atas sijil SPM tetapi mindanya kosong. Pelajar-pelajar wajar diberi pendidikan yang sempurna. Diajar memahami konsep dan berfikir supaya sarjana Malaysia dalam bidang kejuruteraan boleh berbicara hal-hal keagamaan. Lulusan agama juga boleh memberi komen dalam perkembangan teknologi stem cell dan ekonomi.

Permulaannya adalah hari ini. Didik dan ajarlah pelajar-pelajar dibangku sekolah supaya pada 2020 nanti pewaris Khoo Kay Kim tidak lagi menempelak rakyat Malaysia yang masih gagal berfikir. Semoga satu hari nanti bangunan tertinggi dan tercantik dunia direka dan engineered by our fellow Malaysians.

Written by horizontimur

April 20, 2007 at 6:45 pm

Posted in education

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: