Mukhriz Saran Pas Perak Sertai BN
09/02/2009 4:16pm
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pas Perak disaran menyertai Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan pentadbiran kerajaan
negeri yang lebih mantap.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menegaskan, Pas Perak perlu mempertimbangkan cadangan itu agar dapat membentuk kerajaan negeri yang mantap serta bersatu seperti dahulu.
“Gabungan Pas dan BN akan memastikan kerajaan negeri yang kini dipimpin BN akan lebih terjamin kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki Pas serta BN akan mewujudkan pentadbiran negeri yang lebih kuat,’’ katanya. – Utusan
why not?! untuk kebaikan ummah…
Al-Fatihah : Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Kembali Rahmatullah
Y.B. HAJI ROSLAN B SHAHARUM, 50, Ahli Parlimen PAS di Bukit Gantang, Perak telah kembali ke rahmatullah pagi tadi ketika berbasikal di kampungnya Changkat Lalang, Batu Gajah, Perak. Beliau meninggalkan 10 orang anak. Pada Julai lalu beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Perak.
Pemergian beliau menyebabkan kekosongan kerusi Parlimen berkenaan. SPR masih menunggu makluman Yang DiPertua Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah
Pakatan Rakyat Tidak Berpakat
Apabila Paduka Seri Sultan Perak telah menitahkan bahawa Baginda berkenan untuk melantik Dato’ Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak ke 11, kelam kabut Pakatan Rakyat membuat ancaman kepada Paduka Seri Tuanku. Karpal Singh sekali lagi dengan biadapnya menghina Paduka Seri. Karpal mahu menyaman Baginda kerana tidak menurut kehendak Pakatan yang mahukan DUN Perak dibubarkan. Apa? Dia ingat Tuanku siapa? Baginda Raja Melayu yang berdaulat dan seorang Raja Berpelembagaan! Baginda telah membuat keputusan dan menjalankan tanggungjawab Baginda sebagai seorang Sultan. Turut saja perintah Tuanku. Ini yang dikatakan beraja di mata, bersultan di hati.
Karpal bukan tak tau yang Raja-Raja Melayu adalah kebal dari undang-undang ketika menlaksanakan tugas rasmi negara dan negeri. Ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang Karpal cuba buat adalah membangkitkan sentimen membenci Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, seorang Raja Melayu.
Mungkin kerana Dato’ Seri Nizar, bekas MB Perak merasa takut, beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak pernah ingin menyaman Tuanku seperti mana yang disebut leh Karpal. Kemudian, Anwar Ibrahim cepat-cepat membuat kenyataan media yang Pakatan tidak akan menyaman Tuanku. Sedar pun Anwar.
Di sini saja sudah nampak yang Pakatan Rakyat langsung tidak berpakat dalam menyuarakan keputusan mereka.
RUSUHAN DI ISTANA ISKANDARIAH
Selepas solat Jumaat 6 Feb 2009 di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, penyokong Pakatan terus berkumpul di jalan menghala ke Istana Iskandariah. Mereka cuba berdemonstrasi di hadapan istana. Walaupun telah diberi amaran dan disuruh pulang dengan baik, penyokong Pakatan masih berdegil.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan tersebut. Namun masih gagal.
Orang Islam yang terkeliru dengan situasi politik Perak ini, terus berdegil sehingga sanggup menggunakan kanak-kanak dalam demonstrasi haram walaupun tahu akan risiko penggunaan gas pemedih mata.
Lagi menyedihkan kenderaan Tuanku Raja Dr. Nazrin Shah turut dihalang oleh penyokong-penyokong Pakatan. Sungguh biadap. Inilah yang orang Melayu belajar dari Karpal Singh. Kata-kata Mufti Perak yang sebut orang Islam kena patuh pada Raja tak mau dengar pula.
AGS 10 : Aku Guna Sekejap, MB ke 10
Hanya sempat 10 bulan sahaja Pakatan Rakyat bertahan di Perak. Krisis politik Perak bermula seawal penubuhan kerajaan Pakatan di negeri tersebut. Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaludin hanya diterima Seri Paduka Sultan Perak sebagai Menteri Besar ke-10 selepas kesemua ADUN Pakatan Rakyat menandatangani persetujuan mereka menerima Nizar sebagai ketua kerajaan Perak. Pada permulaannya DAP mahukan Pengerusi DAP Perak yang juga ADUN Sitiawan, Ngeh Khoo Ham sebagai MB. Mungkin mereka tidak pernah membaca Undang-Undang Tubuh Negeri yang jelas menyatakan Menteri Besar Perak perlu berketurunan Melayu dan beragama Islam (atau sengaja menimbulkan provokasi). Desakan DAP begitu ketara sehingga katanya sanggup berkumpul di Istana Iskandariah pada malam 8 Mac 2008 sehingga pagi demi memastikan orang mereka memerintah Perak.
Pelbagai isu timbul semasa tempoh Pakatan memegang kerajaan Perak. Isu pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru walaupun bertentangan dengan Kanun Tanah Negara, pembelian kereta Toyota Camry, pemberian tanah seluas 1000 ha kepada sekolah persendirian Cina untuk diusahakan secara komersial*, cubaan menamakan Jalan Silibin dengan nama P.Pato, Nizar sebagai boneka Ngor dan Ngeh serta banyak lagi.
Tapi apa pun, MB dari PAS ini hanya sempat menggunakan kenderaan rasmi beliau Toyota Camry AGS 10 hanya sekejap sahaja. Beliau terpaksa menyerah kenderaan tersebut kepada MB Perak ke-11, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor. Apa yang sedih, Nizar sekali lagi seperti dicucuk hidung oleh Ngar dan Ngeh apabila sanggup menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak dengan enggan meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar kepada Paduka Seri selepas dititahkan berbuat begitu.
Daripada episod ini, yang menariknya sudah semakin jelas sandiwara dan tipu daya Anwar Ibrahim dan DAP. Sebelum ini Anwar beriya-iya mencanang yang pada 16 September 2008 kerajaan Malaysia akan bertukar tangan kepada Pakatan. Tak jadi bulan September dibohong pula pada Disember 2008. Namun, sampai hari ini Pembangkang hanya meningkat 1 kerusi di Parlimen. Itu pun selepas kematian seorang Timbalan Menteri yang sangat disenangi rakyat di Kuala Terengganu. Apabila ada di kalangan mereka yang lompat parti, hanya sekadar menjadi ahli bebas, Pakatan terus menuduh ketiga-tiga ADUN Perak berkenaan dirasuah oleh BN. Ngeh sendiri menyatakan bahawa DAP amat tidak menyokong wakil rakyat yang melompat parti kerana rakyat memilih mereka atas dasar parti. Anwar pula siang tadi dalam press conferencenya menyatakan pemilihan kerajaan Perak perlu diserahkan kepada Mahkamah Rakyat melalui pilihan raya. Ooo masa awak nak ambil alih Parlimen tak perlu pula rujuk kepada rakyat. Cukup sekadar menjaja wang berjuta-juta kepada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak. Bila kena batang hidung sendiri baru nak melatah! Ini apa punya tut…
Saya secara peribadi tidak ambil pusing dengan cakap-cakap orang politik ni kerana memang dah jelas dan nyata mereka ini antara top list yang tak boleh dipercaya walau dari parti mana sekali pun. Mungkin ada seorang dua tapi kebanyakannya… Tapi apa yang sangat dikesali adalah sikap kita sendiri yang sangat melulu membuat keputusan tanpa melihat kedua-dua belah pihak. Buatlah keputusan dengan bijak lain kali. Apa yang Tun M cakap, memang betul, lain kali nak pilih calon tengok siapa orangnya supaya tak tersalah pilih.
ps- nak kongsi dengan rakan-rakan, satu lagi penipuan kerajaan PR di Perak. Deme kate bagi 1000 ha tanah kepada SAR dan sekolah persendirian Cina untuk tujuan komersil ->http://perakdaily.com/?p=542 (laman web rasmi MB ke 10) tapi apa yang tercatat dalam pembentangan bajet 2009 Perak adalah seperti berikut : Bagi Sekolah Agama Rakyat, pemberian sebanyak 1000 hektar akan diberikan selepas mereka mewujudkan Badan Pentadbir atau Pemegang Amanah… (rujuk -> Teks Ucapan Bajet 2009 Negeri Perak). Maknanya deme tak bagi lagi tanah tu, cakap macam dah bagi. Rasanya semua SAR di Perak dah di bawah Kementerian Pelajaran. Maka tak can la SAR nak dapat tanah macam sekolah persendirian cina tu.
Horizon Timur Kembali
selepas lama menyepi, laman ini akan kembali bernafas. Maaf kerana telah meninggalkannya terlalu lama. Ana tidak berada dalam jangkauan memblog dalam setahun lalu.
An open letter to Malaysian Indians
Unlike Malaysia, discrimination against Indian citizens in India have a multitude of factors. One is the religion and the other is caste factor. After the British left in August 1947, the higher caste Hindu elite, effectively ruling the nation for the past sixty years. According to the Indian census of 2001, the total population was 1.028 billion. Hindus numbered 827 million or 80.5 %. About 25 per cent (24 million) of those Hindus are belong to Scheduled Castes and Tribes. About 40 per cent (400 million) are “Other Backward Castes”. 15 per cent belonging to the three upper castes. Dominant group of Hindu nationalists come from the three upper castes who constitute about 10 per cent of the total Indian population but controle the civil service and economy of India. And thus the caste system virtually leaves lower caste Hindus in India to an oppressed minority.
Considering the media manipulation techniques, time line and nature of the hindu outrage in Malaysia, there are many reasons to believe that HINDRAF and Uthay Kumar is closely associated with RSS, a Hindu Taliban who already spoiled India’s social fabric with fascist propaganda and communal riots.
RSS is the Hindu-supremacist organization that has fueled a rise in anti-Dalit, anti-Muslim, anti-Christian and anti-Sikh violence. The former ruling party, the BJP is the political arm of the RSS and helped fascism to spread across civil, defence and educational steams of the society. The caste system and the fact that the government machinery is basically controlled by this Hindu-centric group means that violence against victims largely goes unpunished.
The man who killed Mahatma Gandhi in January 1948 for seeking conciliation with Minorities Nathuram Vinayak Godse, at one time belonged to the RSS. That’s part of the Sangh’s legacy. And it has not only spawned the VHP, but numerous other radical organizations backing the RSS, notably the Shiv Sena (Shiva’s Army) party of Bal Thackeray, a self-declared Hitler fan.”
In the year 2005 alone, according to National Crime Records Bureau, 1822602 riots were reported in India. Since Indian community issues in Malaysia is considered as a ‘Minority vs majority’ issue, let us compare the statistics of Indian Muslims in India it self. Unlike Malaysian Hindus, Indian Muslims have not arrived from outside.
Recently, Justice Rajinder Sachar Committee report admitted that 138 Million Muslims across India are severely under-represented in government employment, including PSUs. Ironically, West Bengal, a communist ruled state reported 0 (zero) percent of Muslims in higher positions in its PSUs. A Muslim child attends school for three years and four months, compared to the national average of four years. Less than two percent of the students at the elite Indian Institutes of Technology comprise of the Muslim community. Malaysian Indians are not the original inhabitants of the country, Indian Muslims are from the same racial and ethnic groups as their compatriots. And still they face discrimination in the world’s largest democracy called India. (Ref. Indian Express, The Missing Muslims)
Let us not forget the fact that, Malaysia’s ethnic Indians are mostly from the southern Indian state of Tamil Nadu, an impoverished land lagging with illiteracy and feudalism followed by Delhi’s north favored rule. The traditional Hindu caste system compelled caste minorities to move even to Sri Lanka, where Tamils are now in war with their own hosts, Sinhalese. Do Tamil community in Malaysia want to do the same rebellion to their own host in Malaysia, the Malays? In 1971, Malaysia sent a team to enquire about the welfare of its pensioners residing in Punjab. Further, pensions paid in that country are free of income tax, says The Tribune, February 20, 2003, Chandigarh, India. Do HINDRAF want to trouble the interests of Malaysian Indians by misleading Tamil Hindu community against such a kind people like Malays?
Indians form about half of the 2.6 million expatriate workers in the United Arab Emirates’ private sector. Migrated Hindus from India constitutes 1 million or 0.4 per cent of US population now. With the approval of U.S authorities, they built around 1,000 Hindu temples throughout the US . In Tamil Nadu, last year, 250 temples were brought down to earth following High Court orders in Madurai. The reason was those temples were built on public property. There were no protests. Hindus there thought such a drive was carried out in the interest of people at large. Like India, thousands of smaller Hindu temples, often originating in the placement of a deity under a tree, should have mushroomed across Malaysian rubber plantations and the rural countryside. As the Hindu community grew, some were converted to larger structures. But why so much agitation in Malaysia alone?
Indian workers form the third largest foreign work force in Malaysia, with 140,000 of them seeking out a living there. Most of this migrant workers are the relatives of ethnic Indians who comprise 7% of Malaysia’s population of around 24 million. By falsely claiming of “Ethnic cleansing against Hindus in Malaysia” , HINDRAF officials are working against the interests of India’s peaceful migrant community around the world. Every year, more than 1 million Indian citizens are forced to leave their country in search of build better life.
Now let us look at what make people move to out of India? Here are some Indian facts:
India accounts for 40 per cent of the world’s poor and its fiscal deficit is one of the highest in the world. Almost half of Indian women are still illiterate; about 40 million primary school-age children are not in school. India ranks way down at 96 among 119 developing countries included in the Global Hunger Index (GHI). Ref: IFPRI Country Report on India
In India, 16 percent of the population still remains and live with out having sustainable access to improved water resources and there is a probability at birth for 15.3 percent of the population of not surviving to the age of forty. 34.7 percent of the Indian population live with an income below $ 1 a day and 79.9 percent below $ 2 a day. According to the India’s planning commission report 26.1 percent of the populations live below the poverty line.
About 20 per cent, or 200 million, are religious minorities. Muslims constitutes 138 million or 13.4 per cent, Christians 24 million or 2.3 per cent, Sikhs 19 million or 2 per cent, Buddhists 8 million or 0.8 per cent and Jains 4 million or 0.4 per cent. “Others” numbered 6.6 million or 0.6 per cent. Christians provided education at all levels to other religious groups without prosyletisation. According to Tahir Mahmoud, an Indian Muslim journalist, “The 2.3 per cent Christians in the Indian population cater to 20 per cent of all primary education in India, 10 per cent of all the literacy and community health care, 25 per cent of all existing care of destitute and orphans, 30 per cent of all the handicapped, lepers and AIDS patients etc”.
According to the National Human Rights Commission, as on 30th June 2004, there were 3,32,112 prisoners in Indian jails out of which 2,39,146 were under trial prisoners. That’s more than 70 per cent. India’s jails hold a disproportionate number of the country’s minority Muslims, a sign of discrimination and alienation from the Hindu majority. Prison statistics of Indian Jail can be seen from National Crime Record Bureau, here
Hindu upper caste men, who constitute just eight per cent of the total population of India, hold over 70 per cent of the key posts across newsrooms in the country. The so-called twice-born Hindu castes dominate 85 per cent key posts despite constituting just 16 per cent of the total population, while the intermediary castes a represent meager three per cent.
The Hindu Other Backward Class groups, who are 34 per cent of the total population, have a share of just four per cent in the Indian newsrooms. Muslims, who constitute about 13 per cent of the population, control just 4 per cent top posts while Christians and Sikhs have a slightly better representation. But the worst scenario emerges in the case of Scheduled Castes (SCs) and Scheduled Tribes (STs) : Based on CSDS study, 2006. Ref : The Hindu, June 05, 2006
India’s subordinate courts have a backlog of over 22 million cases while the 21 high courts and the Supreme Court have 3.5 million and 32,000 pending cases (2006) There were 13 judges for every million people. Merely 7.8% Muslim employees working in Judicial sector of 12 high-Muslim population states surveyed by Sachar Panel. Recently a parliamentary committee blamed the judiciary for keeping out competent persons of downtrodden communities from “through a shrewd process of manipulation”. Dalits and Indian aborigines are lesser than 2o out of 610 judges working in Supreme Court and state high Courts. “This nexus and manipulative judicial appointments have to be broken, it urged”. [ Parliamentary standing committee report on Constitutional Review, Sudarshan Nachiappan]
According to the UN High Commissioner for Human Rights, India has the highest number of street children in the world. There are no exact numbers, but conservative estimates suggest that about 18 million children live and labor in the streets of India’s urban centers. Mumbai, Delhi and Calcutta each have an estimated street-children population of over 100,000.
Australia earned about 500 million Australian dollars from the export of educational services to India, when 93% of Indians never progress beyond secondary school! India also dominated with one in seven (14.4 percent) of the total of 582,984 international students who together contributed about $14.5 billion to the US economy through their expenditure on tuition and living expenses. [The Open Doors 2007, US Department of State’s Bureau of Educational and Cultural Affairs Report]
The level of child malnutrition in India is among the highest in the world, higher even than some countries in sub-Saharan Africa, says the report ‘Extent of Chronic Hunger and Malnutrition in India’ by the UN’s special rapporteur on the right to food (2006).
Nearly nine out of 10 pregnant women aged between 15 and 49 years suffer from malnutrition and about half of all children (47%) under-five suffer from underweight and 21 percent of the populations are undernourished. India alone has more undernourished people (204 million) than all of sub-Saharan Africa combined. Nearly 20 percent of women dying in childbirth around the globe are Indians. Six out of every 10 births take place at home and untrained people attend more than half of them. 44 per cent of the Indian girls were married before they reached the age of 18. It added, 16 per cent of girls in the age group 15-19 years were already mothers or expecting their first child and that pregnancy is the leading cause of mortality in this age group.
According to the 2001 census, female literacy in India is 54.16 per cent against male literacy of 75.85 per cent. Most of the working women remain outside the organised sector: A mere 2.3 per cent women are administrators and managers, and 20.5 per cent professional and technical workers. Women to men ratio was feared to reach 20:80 by the year 2020 as female feutus killing is rampant. Ten million girls have been killed by their parents in India in the past 20 years, either before they were born or immediately after, told Indian Minister for Women and Child Development Renuka Chowdhury to Reuters. According to the 2001 census, the national sex ratio was 933 girls to 1,000 boys, while in the worst-affected northern state of Punjab, it was 798 girls to 1,000 boys. The availability of ultrasound sex-determination tests leads to such mass killings in India.
Out of the 593 districts in India, 378 or 62.5 % are affected by human trafficking. In 2006, United Nations Development Programme (UNDP) sponsored study by Shakti Vahini, found that domestic violence, illiteracy, unemployment, poverty, unsafe migration and child marriage are the major reasons for the increasing rate of illegal human trafficking. 95 % of the women in Madhya Pradesh in commercial sex are due to family traditions. So are 51.79 percent in Bihar,’ said the study.While 43 percent of the total women trafficked are minors, 44 percent of the women are into flesh trade due to poverty. Of the total women who are into sex work in the country, 60 % are from the lower and backward class, which indicates the pathetic living condition of the communities. In Madhya Pradesh, a political bastion of Hindu right wing party, 96.7 % of the women sex workers are from the scheduled castes and scheduled tribes.
There are an estimated 40 million Hindu widows in India, the least fortunate of them shunned and stripped of the life they lived when they were married. It’s believed that 15,000 widows live on the streets of Vrindavan, a city of about 55,000 in northern India.
India has 4 million prostitutes nationwide and 60% of the prostitutes are from the Scheduled Castes and Tribes or other backward caste. UNAIDS says over 38% of those living with HIV in India are women.
Crime-politics nexus also influences the democracy in India. Most of the ministers in elected democratic governments are from criminal background. They are entering into the political arena, influencing the decision-making at the highest level in their own favor and thereby increasing corruption through patron-client relationship. The reason for this pervasive political corruption, in spite of five decades of democracy, is because we, in India, do not elect representatives but patrons. The rich and the avaricious as well as the poor and the stricken, vote on this principle. Lack of transparency within the bureaucracy is also another important factor responsible for promoting public corruption.
Upper caste Hindus — that is, Brahmins, Kshatriyas, and Vaishyas — constitute less than 20 per cent of the Indian population but controls the business and civil service sector of the country. They claim perhaps 80 per cent of the jobs in the new economy, in sectors such as software, biotechnology, and hotel management.
According to the National Crime Records Bureau, only 31 per cent criminal trials are completed in less than a year. Some take even more than 10 years. According to its study, Crime in India 2002, nearly 220,000 cases took more than 3 years to reach court, and about 25,600 exhausted 10 years before they were completed. The term of the Liberhan Commission, formed 14 years ago to probe the demolition of the Babri mosque in Ayodhya and originally given a mandate of three months, has been extended again!
We are alarmed by the fact that even after 50 plus years of survival after independence from Britain, every hour 2 Dalits are assaulted, every day 3 Dalit women are raped, everyday 2 Dalits are murdered, everyday 2 Dalit houses are burnt down.
When it comes to Human Rights issues in India, it is not ratified the Convention against Torture, its citizens do not have the opportunity to find recourse in remedies that are available under international law. The victims are trapped with the local Hindu caste system, which in every aspect militates against their rights. Many victims conclude that a justice system accessible to the poor of the land does not exist at all.
The Human Development Report for 2007-08 released by the UNDP ranked India 128 out of 177 countries, working it out through measures of life expectancy, education and income. Malaysia ranked 63 and listed at under High Human Development category. The report found that India’s GDP per capita (purchasing power parity) is $3,452, far below Malaysia’s $10,882. Read the statistics from UNDP website
Since 1998 about 25 000 Indian farmers have committed suicide because they could not repay their debts. These debts, however, have largely accumulated because these farmers were severely overcharged by their money-lenders asking for up to 32% of interest.
Do the ethnic Indians in Malaysia want to come back to India? I bet none of them will come back to this sinking ship called, India. Instead of asking for more rights they should come out of their caste system and narrowness. Let them learn to respect their hosts, the Malaysian people who provided better opportunities than their “Shining India”. Only such an attitude and kindness will bring them prosperity. Let them not forget the millions of impoverished Indian citizens living in their own country. Read more about Our Shining India at here
Remember that India, as a country cannot offer you food or job. Tamil politicians are people with Dravidian origin and they have limited say in the controle of India’s central government which is ruled by majority Aryans. TamilNadu is the bastion of opposing imposition of north Indian rule and its Hindi language in its territories. South Indians mostly consider English as their national language than Hindi. This north and south division has a long history in India and will continue to go on for ages, as long as people in India continue to remain emotionally myopic, narrow minded and accepting of propaganda and social myths.
In 1965, after a 15 year gap, Hindi was declared as the solitary national language of India. This led to violent protests in Tamil Nadu and so many deaths of tamilians.
The Hindu nationalist movement grew up in the 1920s with the establishment of Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS ) The RSS gradually established a network of local branches that met daily for training sessions on martial arts, with ideological sermons making Indian identity synonymous with Hindu culture helped along by the motto “Hindu, Hindi, Hindustan” (one people, one language, one country).
In 1996, Inspired by Hindu myths, a Marathi Hindu mafia leader called Bal Thackeray floated ‘Shiv Sena’ a political party to drive out south Indians from the industrial city of Bombay. Shiv Sena means Army of Shiva, ( referring to Hindu King, Shivaji) succeeded in its aim with the help of Hindu militants who unleashed several communal riots in the city.
In 1991, a Tamil Tiger suicide bomber killed India’s Prime Minister Rajiv Gandhi ( A north Indian brahmin with aryan heritage) at an election rally outside Chennai. Those scars against Tamils are still run deep in north India, especially in a government dominated by Gandhi’s Italian-born widow Sonia.
When it comes to recording Indian history, the north of the country often ignores or overlooks events in the south. Tamils consider Vellore revolt is the first organized revolt against British in India, while Delhi officially consider it started with Sepoy Mutiny of 1857. Unlike north Indian Hindus, Tamils consider Lord Rama as the villain and Ravana as the hero. In such many ways, Tamil history and politics are in contradiction with India’s official version, which is in fact authored and promoted by Aryan north. The division within India’s caste maniacs are so deep and it cannot overcome to help anyone outside their circle.
Udit Raj, the prominent Dalit intellectual recalls caste issues in Malaysia in his book,” Dalit & Religious Freedom, 2005“, chapter 38.
“Caste Hindus can give up anything, including their life, but caste attitude. In 1998, when I was invited to attend the first Dalit International Convention at Kuala Lumpur, Malaysia, it was unbelievable at first sight, but became a reality, when I attended. About 150 years back, British took Indians to Malaysia as labourers and assistants and eventually Indians made their homes there. More than one million Hindus are living there, but are still maintaining their caste identity. Dalits living in Malaysia have lots of grievances, which is not a contribution of the concerned soil, but virus went with them. So far, no medicine has been manufactured that can kill the caste virus“
Mr. P. Waytha Moorthy, the Chairman of Hindu Right Action Force in fact is the Malaysian representative of global ‘Hindutva’ alliance called Vishva Hindu Parishat. He also work with RSS controlled Hindu charity institutions like Hindu America Foundation and UK based SEWA International. Both of these organizations were involved in funding anti minority riots in India. Hiring such a hate monger and ardent admirer of Aryan Hindu supremacy to solve issues of Malaysian Indians who are basically of dravidian origin will back fire soon. Instead, Tamil Hindus should make way for peaceful dialogue with Malay organizations and concentrate more of their efforts for caste and poverty eradication. The thoughts of Thanthai Periyar E.V. Ramaswamy should be their guide light, than the false propaganda war initiated by Hindutva and its militant mafia gang, RSS.
Pick of The Day :: Jan. 12 2008
Kontrak sosial jadi asas negara
Oleh: AHMAD ATORY HUSSAIN
KENYATAAN PM, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen (Utusan Malaysia 12 Disember 2000) sebagai menjawab pertanyaan daripada seorang Ahli Parlimen DAP – Kota Melaka merupakan suatu natijah bahawa jika benar bagai dikata oleh pihak yang menuntut tersebut, maka alamat honarlah negara jadinya, gerhanalah segala rupa pembangunan negara yang telah dibina selama ini.
Aliran pemikiran tersebut menampakkan sudah wujud unsur-unsur kefanatikan, kemelampauan, kealpaan akan sejarah perpaduan suka duka kaum di negara ini.
Saya terpanggil untuk menyebut di sini bahawa seingat saya sebelum pilihan raya umum 1969, beginilah keadaan politik negara, penuh dengan maki hamun daripada parti-parti pembangkang, tuntutan demi tuntutan di pihak pembangkang kaum Cina, sentuh-menyentuh terhadap hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, terhadap kedaulatan bahasa Melayu, dan pelbagai perkara yang menyentuh hati nurani bangsa Melayu. Seolah-olah orang Melayu dan kerajaan yang didokongi oleh orang Melayu ini tidak melakukan kebaikan kepada golongan-golongan ini.
Kecenderungan ini saya perhatikan melanda di saat-saat parti pemerintah berada di dalam keadaan sedikit ‘ribut cawan kopi’, maka suara-suara sumbang di pihak pembangkang lazimnya mengambil kesempatan daripada panaroma politik tersebut.
Kita berharap rakyat yang rasional dan terpelajar tidak terpedaya dan terperangkap dengan politik sempit pihak-pihak tertentu yang selama-lamanya tidak mahu mengakui akan kemajuan dan keadilan sosial yang dicapai oleh rakyat dan kerajaan.
Mereka fikir kerajaan yang ada sama seperti kerajaan-kerajaan bankrap, bangsat dan bobrok seperti di sesetengah negara Amerika Latin, Afrika atau di beberapa buah negara Asia yang tidak ada kerja lain asyik bergaduh dan berperang merebut kuasa. Di Malaysia adalah unik. Unik bererti berlainan daripada yang lain. Rakyat Malaysia perlu rasional dan membuka mata seluas-luasnya.
Kita faham bahawa rakyat Malaysia ramai yang pernah belajar pelbagai bidang dan dari pelbagai negara. Ada bidang sains, jurutera, sastera, sains sosial, pengurusan. Ada belajar di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Jepun dan negara-negara Arab.
Tetapi bila pulang dari belajar dan tiba di Malaysia, mereka seharusnya menyesuaikan diri dengan budaya dan alam politik serta sosial negara ini.
Saya menyentuh hal ini kerana ramai yang menganggap Malaysia perlu mengikut cara dan pendekatan atau stail seperti AS, UK atau China, Jepun.
Tetapi, tidak ramai daripada mereka yang mahu mengakui akan hakikat bahawa Malaysia adalah lain daripada yang lain. Malaysia bukan Arab, bukan UK atau AS. Sistem politiknya lain, sistem budaya dan masyarakatnya ganjil.
Keganjilan-keganjilan dan kelainan-kelainan ini yang telah memberi kita asas yang kuat untuk membangunkan negara. Bukan bermakna kelainan kita itu membawa keruntuhan. Kemungkinannya jikalah wujud persamaan dengan negara Barat ia boleh pula membawa keruntuhan dan kemusnahan kepada negara ini.
Barangkali tuntutan-tuntutan Suqiu ini langsung tidak mempedulikan latar belakang negara dan proses sejarah pembentukan masyarakat Malaysia. Saya suka menurunkan semula kelainan-kelainan negara kita.
Yang pertama, negara ini adalah bernama Tanah Melayu, atau Malaya, dulu dipanggil Semenanjung Emas oleh kerajaan Chola dan Seri Wijaya. Dahulunya penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu yang datang dari seluruh pelosok alam Melayu. Alam Melayu bermakna seluruh kepulauan Nusantara yang terdiri daripada Indonesia, Filipina dan kepulauan Borneo. Tidak terdapat bukti bahawa orang Cina pernah menjadi pemerintah kerajaan-kerajaan lama di alam Melayu. Bermakna orang Cina dan India adalah yang datang dengan ramainya dan sebahagian besarnya dibawa oleh Inggeris ke negara-negara alam Melayu termasuk Tanah Melayu.
Dari segi politik bernegara, di alam Melayu terdapat tiga buah negara berdaulat iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei, manakala Singapura yang mana politiknya didominasi oleh orang Cina kerana penduduknya lebih ramai daripada orang Melayu.
Dari segi sejarah politik, Malaysia dijajah beratus tahun oleh penjajah Barat dan akhirnya menjadikan Malaysia negara majmuk. Kesannya, orang Melayu merupakan masyarakat yang ketinggalan dalam serba-serbi kerana kesan penjajahan tersebut. Untuk hidup, orang Melayu bertolak ansur dengan orang Cina dan India kerana mereka tidak mahu bergaduh dan berperang untuk membebaskan kehadiran kaum-kaum mendatang ini.
Kontrak sosial dibuat agar semua kaum mendapat hak masing-masing seperti bahasa ibunda masing-masing dipraktikkan, hak ekonomi, hak politik dan hak pendidikan. Seperti yang sering disebutkan oleh pemimpin Malaysia, rakyat daripada semua kaum terpaksa hidup di dalam keadaan kemajmukan ini. Rakyat terpaksa mengakui hakikat untuk hidup di dalam suasana berlainan sebelum kedatangan kaum mendatang. Maka itu, kita akui memang tidak boleh diwujudkan kebebasan seratus-peratus untuk berpolitik, bersosial dan berekonomi kerana semua kaum terpaksa hidup berkongsi dan menjaga hati semua kaum.
Inilah realiti hidup di Malaysia. Orang Melayu tidak boleh hidup seperti di Acheh atau di Sulawesi. Orang Cina atau India tidak boleh bermimpi untuk hidup sama seperti di negeri China atau India.
Kaum Cina atau India tidak dapat melakukan sesuatu sama seperti di negeri China dan India seperti bebas itu bebas ini. Namun begitu, tentang hak asasi tetap ada. Hak bersekolah bahasa ibunda, berbudaya sendiri, berbahasa sendiri, beribadat, berpakaian sendiri, berhiburan sendiri dan apa sahaja seperti makan pakai cara sendiri. Begitu juga orang Melayu tidak boleh memonopoli semua perkara di negara ini, terpaksa berkongsi dengan kaum-kaum lain.
Memerintah negara menggunakan konsep Barisan Nasional (BN) yang berkongsi kuasa, ada menteri China, India, ada pegawai China dan India dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga tidak boleh berdemonstrasi macam cara orang Indonesia atau Amerika. Ada sekatan dan had-hadnya.
Dari segi amalan agama begitu juga, tidak boleh menyentuh sensitiviti antara agama. Inilah yang menjadikan sesetengah orang merasa rimas tinggal di Malaysia kerana tidak dapat kebebasan seperti di Barat.
Mereka tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tidak mahu Akta Rahsia Rasmi (OSA), tidak mahu bahasa rasmi, tidak mahu akta menyekat demonstrasi, pada hal demonstrasi adalah tindakan manusia yang habis akal sebenarnya.
Mereka tidak mahu dasar-dasar yang membantu kaum bumiputera, tidak mahu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK), Sekolah Wawasan dan tidak mahu sistem kuota kerana menyekat golongan yang ada merit.
Kita seharusnya insaf, bahawa demi survival, inilah negara kita semua tidak kira Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan Murut, dan lain-lain. Demi survival, kita kena kunci sedikit nafsu untuk bertindak bebas macam orang Barat berpolitik atau orang Arab di negara mereka. Kita kenalah hidup secara yang sederhana.
Asal boleh hidup aman dan selesa, boleh bergerak ke sana ke mari, tidak ada pergaduhan antara kaum, tidak ada kacau di tengah-tengah jalan, ada makan pakai, boleh merayakan Aidilfitri, Gong Xi Fa Cai dan Deepavali, Hari Gawai, boleh pergi ke universiti, boleh melancong ke India atau China, Hongkong, Taiwan, boleh jadi menteri, wakil rakyat, hakim, askar, semua orang boleh tidak kira Melayu atau Cina dan India. Yang tidak boleh buat masa ini ialah menjadi PM atau Yang di-Pertuan Agong atau Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera. Yang lain boleh. Apa hendak lagi?
Saya ingin bertanya, selama kita mencapai kemerdekaan 43 tahun yang lalu, adakah orang Cina merasa miskin dan melarat hidup mereka? Sedangkan dibandingkan dengan Melayu di Kelantan misalnya, berapa kerat orang Cina yang dhaif di negeri itu? Adakah dengan adanya hak istimewa orang Melayu selama ini orang Cina terhimpit hidup mereka? Adakah dengan adanya DPK dan DEB, orang Cina susah hendak mencari pekerjaan di negara ini? Saya ingin bertanya berapakah jumlah nilai harta orang Cina di negara ini? Saya fikir soalan ini sangat sensitif.
Saya kira dibandingkan dengan nilai harta orang Melayu, harta orang Cina jauh lebih banyak dan menimbun daripada nilai harta orang Melayu sendiri yang merupakan anak watan negeri ini sejak beribu tahun dahulu. Ingatlah, negara ini bukanlah sebuah pulau yang mana penduduknya merupakan kaum mendatang. Negara ini sudah berpenghuni lama sebelum kedatangan penjajah, kedatangan orang India dan Cina.
Oleh sebab asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan Barisan Nasional serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu, maka dirasakan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak Jawatan kuasa Rayuan Pilihan Raya Suqiu itu amat tidak sesuai dengan semangat kerjasama dan muhibah antara kaum yang telah lama dibina.
Pada hemat saya, tuntutan Suqiu itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Soal pilihan raya tidak seharusnya dikaitkan dengan tuntutan-tuntutan tersebut. Pilihan raya ialah secara asasnya bertujuan membentuk kerajaan selama lima tahun sekali. Sedangkan asas-asas negara seperti kontrak sosial tersebut telah pun diwujudkan dan tidak perlu disentuh atau digunakan untuk tujuan memenangi dalam pilihan raya. Ada banyak cara dan pendekatan untuk memaju atau untuk menambahkan lagi pembangunan rakyat bukan dengan cara menghapuskan kontrak sosial tersebut.
Kita bimbang jika dihapuskan kontrak sosial tersebut, kemungkinan akan termusnah pula negara Malaysia yang telah dibangunkan itu. Kita juga bimbang, jika tuntutan Suqiu sudah melebihi suhu didih yang tidak dapat dikawal, orang Melayu pula yang akan membuat tuntutan mereka yang boleh membahayakan masa depan kaum-kaum lain di negara ini.
Apakah tidak yakin lagi kaum Cina terhadap kepimpinan Melayu di negara ini? Persoalan ini saya utarakan kerana semenjak kerajaan mencadangkan Sekolah Wawasan, semacam tidak percaya terhadap kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Melayu. Sejak bila mereka tidak percaya? Selama ini semua dasar-dasar afirmatif kerajaan diyakini oleh mereka. Apakah keyakinan yang telah dibina 43 tahun itu telah terhakis kini?
PROFESOR Dr. Ahmad Atory Hussain
Dekan Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Malaysia.
dipetik daripada : http://members.tripod.com/warisan_ku/16dis001.htm
Pick of The Day :: Jan 11 2008
KEMELUT PEMIKIRAN AGAMA
Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas
Ketua Pengarah,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Mingguan Malaysia 06 Januari 2008
SEWAKTU sampai di pejabat sehari selepas Krismas, saya perhatikan ada satu halaman daripada akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah diletakkan di atas meja saya. Ternyata kemudian yang ia adalah satu makalah berjudul “Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan ‘Allah’. Saya mula membaca rencana tersebut, dan semakin jauh saya menekuninya semakin memuncak tekanan darah saya. Sesudah meneliti laporan tersebut dan memahami isi kandungannya, dari sedikit gusar saya jadi betul-betul berang.
Joseph Masilamany mengemukakan pendapat bahawa “penggunaan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara dan bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam”, ini tentunya menurut para pemimpin Kristian. Wartawan tersebut menemu ramah penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, Paderi Lawrence Andrews, dan agaknya turut berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri. Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa, “Istilah ‘Allah’ yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan.
Kami mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.” Beliau seterusnya mendakwa bahawa “Mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God.” Beliau turut menyatakan bahawa “para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.” Menurut Rev. Herman Shastri, “Para penganut Kristian yang tinggal di negaranegara majoriti Muslim menggunakan kalimat ‘Allah’ apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami (huruf condong adalah penegasan saya). Pendapat yang serupa turut dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember 2007.
Apa yang mendukacitakan adalah cara dua wakil Kristian tadi menghujahkan dasar pendirian mereka, yang, pada hakikat sebenarnya, hampa dari pertimbangan yang bernas lagi benar.
Biarlah saya tegaskan bahawa dakwaan yang mereka tidak berniat “menyinggung perasaan masyarakat Islam atau menimbulkan kebingungan” sarat dengan unsur perbantahan. Hakikatnya, perlakuan dan sikap mereka dalam mengemukakan hujah telahpun menggusarkan orang Islam. Mereka lupa, atau tidak memahami hakikat bahawa bahasa dan fikiran, yang satunya saling mencerminkan yang satu lagi; dalam perkataan lain, cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui bahasa, dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita telah diperingatkan akan dakwaan mereka, “Bible bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ untuk God dan ‘Tuhan’ untuk Lord.” Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah. Apakah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu?
Bahasa Melayu memahami istilah ‘Tuhan’ untuk merujuk kepada God dan bukan istilah Lord. Orang-orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab ‘ilah’ digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘God’ dan istilah Melayu ‘Tuhan’; dan apabila istilah Arab ‘rabb’ digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord’. Justeru, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya “tiada Tuhan melainkan Allah”, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “there is no God except Allah”. Sekiranya istilah ‘God’ diterjemahkan sebagai ‘Allah’, maka terjemahan tersebut akan berbunyi ”Tiada Allah melainkan Allah” (”There is no Allah but Allah”), yang merupakan satu percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja tidak menjernih dan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan perselisihan dan rasa bingung: Akan tetapi, Paderi Lawrence sememangnya sarat dengan percanggahan. Beliau menggunakan rangkai kata ‘bahasa Malaysia’ merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhikeperluan “ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia” di negara ini. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu.
Apabila seseorang itu merujuk kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau kelaziman aqidah yang tertentu – dalam hal ini bahasa Melayu – dia tidak seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada bahasa-bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, jelas bahawa Paderi Lawrence bergantung kepada fakta yang Jemaah Menteri memutuskan bahawa bahasa Melayu tidak lagi dirujuk sebagai ‘bahasa Melayu’, tetapi sebagai ‘bahasa Malaysia’. Itu ketetapan siasah dan justeru itu mungkin hanya bersangkutan dengan medan siasah.
Secara ringkasnya, bahasa Melayu khusus bernisbah kepada orang-orang Melayu. Ia adalah satu bahasa yang faham-faham utamanya yang berkenaan dengan hakikat insan dan nisbah antara yang kudus dengan yang nista (the Sacred and the profane) telah dilahirkan dari rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu sendiri terhasil dari agama Islam. Oleh itu, sekiranya peristilahan dari agama lain mengenai faham-faham utama diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ia wajiblah mencerminkan kelaziman Melayu, yang berpunca dari agama Islam.
Mendakwa
Paderi Lawrence juga mendakwa, “Kami mengikut Bible,” mengenai penggunaan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada istilah ‘God’. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Terdahulu kita telah memetik laporan media bahawa Paderi Lawrence mendakwa, “Semenjak awal abad ke-19, para penganut agama Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan ‘Allah’ digunakan merujuk kepada God, dan para penganut Katolik Malta juga menggunakan istilah ‘Allah’ untuk merujuk God dan demikian juga para penganut Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.”
Jelas di sini bahawa, sumber rujukannya bukanlah Bible seperti yang didakwanya, tetapi masyarakat Katolik abad ke-19 Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan dan Asia Barat. Dengan demikian, Paderi tersebut mengandaikan masyarakat itu satu kejadian hidup (being) yang pasti boleh berfikir dan bertindak berdasarkan akal fikiran. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, masyarakat bukanlah kejadian hidup dan justeru itu tidak mempunyai kebolehan berfikir dan bertindak secara aqliah. Sekiranya sesuatu itu tidak boleh berfikir secara aqliah, bagaimana ia boleh dikutip sebagai sumber rujukan yang sah, apatah lagi dalam hal-ehwal nisbah hubungan antara yang kudus dan yang nista? Tambahan pula dan lebih penting, perkataan ‘Allah’ adalah nama khas (proper name), sedangkan kalimat ‘Tuhan’ (‘God’) adalah istilah umum yang merujuk kepada objek tumpuan kemuliaan teragung yang tiada nama, Pencipta Yang Maha Esa dan Pemerintah alam semesta. Berdasarkan kepada hakikat bahawa perkataan ‘Allah’ adalah nama khas, ia bukanlah istilah yang mencerminkan bahasa kebangsaan.
Justeru, hujah Paderi Lawrence yang mendakwa Bible Melayu menggunakan istilah itu, seolah-olah penggunaan istilah itu dalam bahasa Melayu mencerminkan bahasa kebangsaan, adalah karut semata-mata. Tambahan pula, walaupun seseorang itu mungkin mengakui bahawa benar orang-orang Kristian Arab di Asia Barat menggunakan istilah ‘Allah’, mereka tidak menggunakannya merujuk kepada istilah ‘God’ yang tercermin dalam Bible atau terjemahan-terjemahan Bible dalam bahasa Arab. Kalaupun mereka ada menggunakan istilah ‘Allah’ dalam pertuturan, itu adalah kerana mereka menuruti kelaziman orang Arab sejauh mana yang berkenaan dengan kebudayaannya, bukan untuk membayangkan sehimpun kepercayaan i’tiqad yang tertentu. Pernahkah Paderi Lawrence atau Rev. Herman Shastri membaca terjemahan Bible dalam bahasa Arab? Apakah mereka memahami bahasa Arab?
Dari segi falsafah maknawi, tidak terdapat tasawwur kefahaman mengenai ‘Allah’ dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga; oleh kerana itu agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah ‘Allah’.
Apabila Perdana Menteri memberikan kebenaran kepada dialog ‘antara-agama’, pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju yang dialog tersebut tidak akan bertentang hujah mengenai akidah, berdasarkan kepada hakikat bahawa pelbagai ajaran agama telah pun “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam perkara-perkara berkisar akidah. Secara amnya semua kalangan yang terbabit telah pun bersetuju dengan ketetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sekarang, tampaknya Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak berpuas hati sekadar berbahas mengenai perkara-perkara akhlakiah, justeru kita terpaksa menangkis hal-ehwal berkaitan i’tiqad yang ditimbulkan tadi.
Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible. Jika ada yang mendakwa nama Tuhan adalah Jesus, maka kenapa istilah ‘Tuhan’ (‘God’) diterjemah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’ dan bukan ‘Jesus’? Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah. Apakah nama khas Tuhan dalam agama Kristian? Sesungguhnyalah kita boleh menghujahkan bahawa ketiadaan nama khas-Nya bercanggah dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Tidakkah Tuhan mencipta manusia supaya dia mengenal dan menyembah-Nya? Tetapi siapakah yang disembah oleh manusia sekiranya dia tidak kenaI siapa Tuhan? Oleh kerana kita telah berhujah bahawa kalimat ‘Allah’ adalah nama khas dan pengertian sedemikian tidak ada dalam agama Kristian atau apa-apa juga agama lain, kita bolehlah dengan ini menyimpulkan bahawa sumber rujukan sebenar Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri bukanlah Bible atau perkumpulan masyarakat Katolik abad ke-19 di Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan, dan di Asia Barat, tetapi sumber asal mereka adalah al-Quran.
Oleh itu, marilah kita meneliti apa yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan. Untuk tujuan ini, kita rujuk kepada surah al- Quran yang ke-112 dan pengenalan tafsirnya. Pengantar huraian surah tersebut berbunyi, Peliharalah iman agar sentiasa murni dan tiada cemar. Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.) Jelas bahawa bahagian akhir penerangan tafsir menyanggah pemerian Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible.
Sekiranya pembaca meneliti surah itu, ia berbunyi, Katakanlah: Dia adalah Allah, Yang Maha Esa. Allah, Yang Maha Kekal Abadi tiada berkesudahan. Tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara.
Wajib
Dari awal-awal lagi nama Tuhan dinyatakan, Allah. Ini diikuti dengan pemerian bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa yang kepada-Nya pengabdian wajib diserahkan, maha suci lagi maha murni yang nyata tiada taranya dengan khalayak makhluk-Nya; sebarang benda yang lain semuanya hanya bayangan pucat bernisbah kepada-Nya.
Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714). Ayat “tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan” menyangkal kefahaman agama Kristian mengenai Tuhan, “Bapa”, “Anak”, dan seterusnya (rujuk catatan no. 6299 dari sumber yang sama). Bahagian terakhir surah tersebut, Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara memberi amaran ‘Jangan menganggapi Tuhan dalam sifat rupa bentuk manusia (anthropomorphism), iaitu kecenderungan untuk menganggapi Allah menurut rupa dan bentuk serta sifat kita sendiri, satu kecenderungan licik yang menyusup dalam setiap zaman dan di kalangan semua bangsa (lihat catatan no. 6300 sumber di atas).
Nyata bahawa ‘Tuhan’ Islam bukanlah ‘Tuhan’ Kristian. Saya nyatakan kepada para pembaca, bahawa pandangan Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak mencerminkan sebahagian besar penganut Katolik, gereja, atau Paus. Sesungguhnya niat serta tujuan mereka bukan sahaja untuk menyerang dan menimbulkan kekalutan di kalangan orang-orang Islam, tetapi juga para penganut Katolik. Kaedah mereka adalah melalui bahasa; akan tetapi, oleh kerana kita menghujahkan hakikat bahawa bahasa dan fikiran adalah saling mencerminkan satu sama lain, sebarang istilah dari satu tradisi pemikiran, apabila diterjemahkan perlulah membayangkan tradisi pemikiran yang asal, jika tidak maka makna sebenar peristilahan yang diterjemahkan akan menjadi kacau-bilau.
Dalam hal ini, mereka menghujahkan bahawa menurut tradisi pemikiran Katolik istilah ‘God’ diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai ‘Allah’, satu kalimat yang mencerminkan tradisi pemikiran Islam. Dan justeru itu, makna sebenar istilah asal ‘God’, seperti tergambar dalam tradisi pemikiran Katolik, dengan sengaja sedang dikelirukan.
Tadi telah kita sebut bahawa, dalam kenyataan yang dilaporkan akhbar The Star (28 Disember 2007), Paderi Lawrence menegaskan, “Kami telah mengambil keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan perkataan tersebut diselesaikan melalui ketetapan mahkamah.” Apakah mahkamah memiliki kuasa ke atas tradisi pemikiran agama? Apakah beliau berpendapat mahkamah memiliki kuasa membuat ketetapan mengenai siapa Tuhan? Apakah beliau menyangka mahkamah memiliki kuasa ke atas sekian banyak generasi ilmuwan dan sarjana terpelajar yang pandai lagi berkeahlian mengenai aqa’id?
Eloklah saya mengingatkan beliau, dalam surat peringatan dari pejabat Timbalan Perdana Menteri bertarikh 16 Mei 1986 berkenaan empat peristilahan Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible, dalam apa-apa jua keadaan iaitu: ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’, dan ‘Solat’. Difahamkan keputusan Kabinet itu masih mengikat; dalam hal ini, sebarang tindakan yang dikemukakan oleh pihak Paderi Lawrence ke mahkamah bukan sangat untuk mencabar kedudukan undang-undang berkenaan penggunaan oleh gereja Katolik akan kalimat ‘Allah’ untuk menterjemahkan istilah ‘Tuhan’ (‘God’) dalam Bible. Tetapi lebih dahsyat, ia satu cabaran yang menentang keputusan Jemaah Menteri.
Malaysia memiliki Jemaah Menteri dan Parlimen perwakilan rakyat adalah bertonggakkan Rukunegara. Tiang seri pertama Rukunegara dalam bahasa Inggerisnya, “Belief in God” yang merupakan terjemahan cermat lagi tepat daripada bahasa Melayu “Kepercayaan kepada Tuhan”. Terjemahan Inggerisnya tidak berbunyi “Belief in Allah” kerana, barangkali kalau begitu Rukunegara akan dituduh sebagai memaktubkan Malaysia negara Islam atau Islamic State.
Anda tidak memiliki hak atau keizinan untuk menterjemahkan peristilahan yang terdapat dalam satu tradisi pemikiran akidah agama dengan menggunakan ungkapan-ungkapan tradisi pemikiran akidah agama yang lain, khususnya ungkapan-ungkapan yang merujuk kepada siapa itu Tuhan yang tidak ada faham tasdiqnya dalam tradisi anda.
Perlihatkan rasa hormat kepada istilah-istilah penting dan erti-erti maknawi yang mencerminkan agama Islam dalam bahasa Melayu, persis sikap orang Islam yang menghormati istilah dan faham dasar anda. Kami tidak merujuk tempat pemujaan anda selaku masjid, tetapi sebagai gereja, kuil, candi dan seterusnya. Kami tidak menganggap pemimpin sembahyang berkumpulan anda sebagai imam, melainkan selaku paderi, sami dan seterusnya. Kami tidak merujuk kepada tumpuan sembahan anda sebagai Allah tetapi sebagai Tuhan. Kami tidak menafikan hak mana-mana golongan penganut agama lain menterjemahkan buku suci masing-masing dalam bahasa Melayu; cuma, seandainya ada yang hendak berbuat demikian, maka golongan tersebut mestilah memiliki ilmu dan keahlian mengenai bahasa Melayu, cukup berdaya cipta lagi kreatif untuk menggunakan peristilahan yang benar-benar mencerminkan tradisi pemikiran akidah agama masing-masing. Sementara itu, adalah wajar bagi Paderi Lawrence Andrews dan Rev. Herman Shastri bersikap lebih teliti, waspada dan berhati-hati.
7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Allah s.w.t.
Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden ‘New York Academy Of Sciences’ yang pertama kali terbit dalam Reader’s Digest Januari, 1948 , kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran Allah Yang Maha Pencipta.
Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.
Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali.
Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1 dalam 10 juta kali.
Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.
Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.
Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua, keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.
Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian, menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar-agar mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semulajadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.
Tetapi, siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?
Ketiga, kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang memasukkan naluri ke dalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia – dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan – semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut.
Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak-anak belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal – menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya.
Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?
Keempat, manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan – keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima, kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin – keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat, ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari kebijaksanaan Maha Agung – hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam, melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.
Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini. Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.
Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar di mana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!
Ketujuh, kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada Tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep keTuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaanNya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohanian. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan Tuhan adalah segala-galanya dan Tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan Tuhan dan ciptaanNya.
sesuatu yang saya dapat melalui email buat renungan bersama
Kewujudan Allah s.w.t.
Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
Mengikut cara Rasulullah s.a.w makan - beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(jari kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yangg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim) - Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum - Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah :-
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)?
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi?
Ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah
sesuatu yang saya dapat daripada email, buat renungan kita bersama


